“Siapa dengki Sampai Cam Ni?” Selepas kedai dibakar, suami isteri cdera disimbah asid pula

Sepasang suami isteri mengalami kecederaan pada bahagian mata dan badan selepas didakwa disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di pintu lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Selangor.

Perkara itu dikongsi seorang kenalan pasangan tersebut, Khairy Adli menerusi satu hantaran di dalam group ‘Gombak Food Delivery’ di laman Facebook.

Khairy berkata, pasangan peniaga roti nan itu disyaki menjadi mangsa dengki individu tertentu dimana kedai perniagaan mereka telah hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku bulan lalu.

“Mangsa pemilik kedai makan, jual roti nan di Selayang. Memang tak selamat nak berniaga di kawasan tu. Orang dengki banyak.
“Saya pernah makan kedai mereka. Memang sedap dan ramai pelanggan. Bukan sekali dua perkara begini jadi pada mangsa, tapi mereka bangun dan masih berniaga, tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, dia memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian serta beberapa keping gambar kedua-dua mangsa yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

CCTV berdurasi 28 saat itu memaparkan pasangan berkenaan masuk ke dalam lif terlebih dahulu sebelum suspek yang berada di luar bertindak menyimbah asid tersebut.

Susulan terjadian terbabit, Khairy berharap supaya pihak polis dapat melakukan siasatan dengan segera selain meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya ada.

Sumber: Facebook Khairy Adli via Gombak Food Delivery / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *