Connect with us

Keluarga

Seronok je mak hubby tiap hr jd imam solat. Tapi bila buka HP suami, terkejvt tgk whatsapp dia

Published

on

aku Rose. Kisah yang ingin aku kongsikan ini berkenaan masalah rumahtangga aku n aku perlu nasihat,

pandangan yang baik2 if nak kecam pun go ahead guys, coz in the end only ALLAH SWT can judge me.

Aku baru berkahwin selama setahun, aku berkenalan dengan suamiku melalui media s0sial.

Awal perkenalan semuanya begitu indah.. perangai sebenar pun belum terserlah and terungkap.

So guys sebelum kahwin makesure siasat betul2 bakal pasangan anda and jangan jadi macam aku yang aku rasa aku sudah salah buat pilihan besar dalam hidupku.

Di mata keluargaku, suamiku perfect.. rupanya yang manis, hormat orang tua, solat, dan musim pkp waktu puasa setiap hari suamiku mengimankan solat

terawih hinggakan mamaku bangga punya menantu seperti dia tapi perangai sebenar suami hanya aku yang tahu luar dan dalam.

Suamiku seorang suami yang tidak setia, baru 2 bulan kahwin suami ku curang dengan kawan di media ssialnya alasannya is just kawan, mereka kenal sebelum suami mengenali aku lagi..

Kawan apanya if chat dengan emoji2 cinta ishh sakit hati aku.. grrr. Then suami memujuk ku mengaku salahnya,

and aku memaafkan suamiku.. And kes curangnya bermula bila dia try hard mengurat kawan kerjanya yang single yang anak dara and si anak dara pun melayan jadilah pasangan kekasih yang hanya bercinta di ofis.

And as a wife kau akan ada satu instict if laki kau buat benda yang tak baik di belakang kau. Bila aku cek phone suami so terbongkarlah kisah cinta mereka.

Aku jadi jijik dengan suami.. Sakit hati, marah, kecewa dengan suami and macam biasa suami memujukku and meminta maaf.

Endup hatiku jadi lembut n memaafkan suami (yaa aku tau aku, b0doh and i admit it). Then pada bulan puasa,

suami aku terkantoi nak jumpa 1 pempuan ni yang dia kenal di Meechat. Bersayang2 daling2 bagai..

Ya Allah time ni aku memang mengamuk gila aku packing barang2 suami and aku halau suami keluar dari rumah sebab time tu aku memang taknak tengok muka suami aku dah.

Rasa sayang, cinta, kasih, hormat aku hilang pada suami. Tapi kerana time tu musim pkp and nak hari raya suami takda keluarga yang terdekat aku try lagi lembutkan hati dengan memaafkannya,

and gives him chance to startover again (yaa i know im stupid, eh nama juga cinta itu buta kan hahaha so this is hw it feel) hehehe.

Tahun ni saja aku sudah keguguran 2x 1st awal tahun n baru2 ni.. yang 2nd miscarriage aku kena akui memang salah aku sebab tak jaga kandungan aku sebab overstress bila suami curang lagi dengan pempuan lain.

Untuk yang ini aku rasa broken gila sebab sudahlah i lost my baby husband lagi curang, Ya ALLAH tak kuat aku time tu.

Sebabkan aku tak tahan dengan perangai GATAL suami aku mengadu dengan family husband.. dia tak ada parents da tapi adik beradik dia semua salahkan suami..

bagi nasihat n tegur baik2 coz time ni aku da nekad nak failkan kes crai. Tapi bila aku pandang wajah mak aku time tu.

Aku tak sampai hati nak hancurkan hati mak aku yang anak yang dia jaga dari kecil ni bakal jadi janda sebab mak aku sayang sangat suami aku macam anak sendiri.

And aku takut mak aku tak percaya if she know the true colour of my husband.. aku tak dapat imagine macamana kecewanya mak aku.

So aku start discuss baik2 dengan suami aku, berbual macam kawan kenapa mesti curang? Sebelum buat ada fikir aku ke as a wife? Suami aku diam,

menangis he said its all bcause of NFSU N EGO. Rasa nak lebih even da ada isteri yang baik, lawa, bertanggungjawab..

saja nak test market as SUAMI ORANG n rasa tercabar bila tengok kawan2 yang sudah berkahwin ada scndal..

In my minds was like.. what theee… So aku tanya suami aku elok2 hati aku, perasaan aku ni yang da hancur,

kecewa ni nak buat macamana? Husband minta another chance untuk buktikan yang dia betul2 sudah berubah.

Aku pun tak tau aku ni bodoh atau da kena mandream dengan suami aku sampai aku iyakan jer nak bagi peluang bagai..

tapi rasa sayang, cinta, kasih n hormat aku tak macam dulu dah.. Aku start ada trust issue dengan suami even dia pergi buang sampah pun aku cakap dia bergayut dengan pempuan lain,

dia start enjin dalam keta pun aku cakap dia chat pempuan lain, dia tido lambat aku cakap dia vc dengan pempuan lain.. aku rasa insecure.

Aku langsung da tak percaya apa suami aku cakap n kadang2 dalam hati aku doa yang tak baik buat suami aku..

aku tahu sebagai isteri tak baik doakan benda yang tak baik tapi hati aku ni rasa macam kosong dah..

Dia try fix everything like cakap elok2 dengan aku.

Dia belikan aku macam2, post gambar aku di semua media sosial dia but i feel nothing.. kosong..

Sampai menangis2 aku dalam sujud and doaku semoga Allah hadirkan rasa sayang tu semula tapi hati aku da tak ada rasa do you feel me guys?

Kalau kau tak feel pun peduli apa aku, hati aku kot hahaha.

Then today, phone husband tertinggal coz dia rushing nak jemput kawan dia kat airport.

So aku cek la semua dalam phone aku coz dalam fikiran aku maybe aku kena cek satu2 supaya aku percaya yang suami aku da betul2 berubah and setia dgn aku but expectation always hurt..

sekarang suami aku da level2 setan da langgan p*l***

Ya ALLAH sakit jantung aku bila nama chat2 servis yang dia nak dengan berlainan p*l****..

semua perbuatan dia tu time aku berpantang keguguran di rumah mak aku.. dia siap ajak datang rumah lagi..

Tak guna punya laki time aku typing ni aku rasa nak mencrut2 suami aku rasa nak ambil lesung batu nak pukul kepala dia.

Aku tak ready nak confront suami aku.. aku just buat mcm biasa jer n bila aku tengok suami aku rasa jijik sangat,

aku ada bagi hint2 nak berpisah cara baik tapi si mulut buaya tu keep saying (abang, sayang sayang la.. sampai mati.. hingga jannah) puiii naik loya tekak aku dengar.

So guys, what should i do? Nak kena bagi chance yang ntah keberapa kali n broken lagi ke? ka kena bagi suami betul2 berubah,

bagi moral support? Tapi aku rasa macma nak bercerai ja tapi aku fikir family kami berdua?

Then should i get test h1v? Coz dalam chat tu husband da pernah dengan berlainan p*l*** dia langgan..

if aku get a divorce proses dia senang tak? Lagi2 suami yang tak nak lepaskan..

Tolong aku guys.. segala pandangan, nasihat, cacian anda semua aku hargai n perlukan.. thanks you so much in advance..

– Rose mawar berduri (Bukan nama sebenar)

Kisah ini mndapat perhatian ntizen :

Ina : Sebelum ade anak ni..boleh lah sis istikarah byk kali utk diberi petunjuk bercerai atau tidak. Hold dulu buat anak. Istikarah banyak2 ok. Allah sebaik baik perancang..
Org baik jodohnye dgn org baik. Begitulah sebaliknye. Allah berfirman. Bukan saye kata.

Dari surah annur ayat 26:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Saye relevant dengan tonasi typing yg lembut

Sumber : kisahrakyat

Keluarga

Kank2 Berusia 3 Thn Diikat KAKI Tangan, Dibiarkan KeIaparn oleh Pengasuh

Published

on

By

Lemah dan luluh hati seorang ibu apabila mendapati anaknya berumur tiga tahun diikat dalam keadaan meniarap di rumah pengasuhnya.

Muhammad Nor Nalis, 3 tahun ditemui ibunya semasa melakukan int1pan di rumah pengasuh itu pukul 10 pagi semalam.

Lebih menyed1hkan lagi, apabila mendengar sendiri pengakuan pengasuh itu yang anak bongsunya itu bukan sahaja diikat

Tetapi turut dipuk0l dan dibiarkan kelaparan beberapa kali sebelum ini.

Rumah pengasuh itu berada di tingkat lapan manakala rumah ibu mangs4 di tingkat lima sebuah flat di Sungai Puyu, Butterworth.

Ketua p0lis daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu dan berkata

Sebaik menerima lapuran ibu mangs4, pengasuh itu dit4han malam tadi.

 

“Saya dulu pernah antaq anak dkt pengasuh sorg warga indonesia masa tu anak saya bqu setahun lebih..

Saya pergi semula ke rumah dia utk antaq pampers bila saya sampai anak saya tengah menagis terisak2 dan mulut mcm baru kena tampar sbb kesan merah masih ada…

Saya xckp bnyk terus ambik anak saya semula tanpa bercakap apa2 pun…serik dahh nak bg dkt org lain jaga..

La bg ahli keluarga sendiri yg jaga xkira la kak ka ipar ka..”

Kredit;  MM via Anak Felda

Continue Reading

Keluarga

“Awak Cina kan, Tapi Kenapa anak awak pakai tudung” Ni Jawapan Menyentuh Hati Seorang Bapa Bukn IsIam

Published

on

By

Jarang sekali kita dengar kisah mana-mana ibu bapa bukan Islam yang bersetuju kalau anak mereka tiba-tiba luahkan hasrat untuk menukar agama.

Tapi kata-kata seorang uncle Cina ni kepada anaknya mungkin akan buat korang semua tersentuh.

Menerusi posting seorang mualaf bernama Jinghan Naan di Facebook, wanita ini berkongsi kata-kata indah daripada bapanya

tentang mengapa dia menyokong tindakan anak perempuannya untuk menukar ke agama Islam

“Waaa! Awak benarkan dia tukar agama? Tak halang dia?”

Menurut Jinghan, semuanya bermula apabila minggu lepas bapanya minta dia belikan sesuatu dari Carousell.

Jinghan berhubung dengan penjual tersebut dan beri alamat kepada bapanya untuk ambil barang itu.

Tapi bila bapanya sampai di sana, si penjual (uncle Melayu) terkejut sebab dia ingat pembelinya tu seorang berbangsa Melayu.

“Huh? Awak Cina? Saya ingat awak Melayu!”

“Tak adalah, itu anak saya.”

“Tapi anak awak pakai tudung. Awak Cina Muslim ah?”

“Anak saya Cina Muslim. Dia masuk Muslim.” (Bapa masih tak faham apa itu Islam dan Muslim)

“Waa awak benarkan dia tukar agama? Tak halang dia?”

“Tak pernah halang, saya support!”

“Waaa, awak ni baguslah, kenapa awak sokong?”

“Kenapa semua orang terkejut bila saya beritahu yang saya benarkan awak tukar agama?”

Bila ada orang yang mempersoalkan kenapa dia tak halang anaknya tukar agama, bapa Jinghan terus tanya dia,

Kenapa semua orang terkejut bila saya beritahu yang saya benarkan awak tukar agama?”

Kata Jinghan, “Sebab papa rare la! Kebanyakan ibu bapa takkan benarkan. Sebenarnya pa, kenapa awak benarkan saya tukar agama?”

“Sebab saya mengerti tentang keh!dupan. Sebab saya mengerti apa yang dimaksudkan dengan mencari kebahagiaan.

“Apa tujuan kita dalam h!dup ini? Untuk mencari kebahagiaan.

“Lain orang lain cara mereka mencari kebahagiaan.

Ada sesetengah cari dalam kekayaan, ada pula dalam keluarga dan ada yang lainnya dalam agama…

“Sebagai ibu bapa, apa yang kita paling inginkan? Kita mahu anak-anak kita bahagia.

“Setiap agama mengajar kebaikan. Kalau awak beritahu saya yang agama ini beri kebahagiaan, kenapa saya nak halang?”

Allah sayu hati mendengarnya!

“Dia tidak kisah apa yang masyarakat nak kata, apa yang keluarga lain fikir”

Kata-kata yang diucapkan bapa Jinghan ni memang menyentuh hati anaknya dan bagi Jinghan,

bapanya ini seorang yang simple dan tak kisah dengan apa yang orang cakap mengenainya.

Ramai yang mungkin ada pemikiran yang sama macam bapanya,

tapi apa yang membuatkan bapa Jinghan berbeza ialah dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya.

“Dia selalu buat apa yang dia kata. Dia tak kisah apa yang masyarakat atau ahli keluarga lain nak fikir tentangnya

dan tambah-tambah sekarang ni saya dah tak boleh lagi makan bersama BBQ kegemarannya.

“Apa yang penting dia nak saya bahagia.”

Syukur Alhamdulillah admin mendengarnya. Bertuah Jinghan ada bapa yang memahami.

Admin doakan semoga keluarga ini dikurniakan taufik dan hidayah serta semoga Jinghan jugak sentiasa istiqamah dengan apa yang dilakukannya.

Sumber lobak merah

Continue Reading

Keluarga

Istri Pelik Makin Hari Makin Banyak Keputihan. Laki Pulak Suka Sangat Tidur Lewat. Terkedu Rupanya Dalam Diam Masa Istri Tengah Tidur Ini Yang Suami Lakukan

Published

on

By

Gambar sekadar hiasan.Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tia, aku da berkahwin.

Mungkin cerita aku pernah dialami para isteri diluar sana. Aku pasti bukan aku sorang je yang alami situasi macam ni. Cuma bnyak isteri yg berdiam dan tak ambil kisah atau mungkin tuntut perpisahan.

Kisah nya bermula macam ni, tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video bukan bukan non-stop kat situ.

Kantoi dengan saya, saya terus avoid dia. Saya mintak nak berpisah.

Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar.

Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak bersama dengan banyak perempuan macam ni. sy malu ada pertalian suami dengan dia.

Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video bukan bukan.

Patutlah setiap malam tidur lewat. Yang tengok benda bukan bukan tu praktis kat mana?

Tapi dia mintak untuk sesi kaunseling. Masa tu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh daripada apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin,

saya takkan kawin dengan lelaki macam ni. Sebelum kawin memang saya ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik.

Mungkin saya je syak macam-macam. Tapi percayalah naluri wanita memang tepat.

Lelaki cuma sweet talker, tu yang buat wanita tertipu.

Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yang tak kena..

Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada saya. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur.

Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu.

Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je? penyakit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.

Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia bersama dengan btina-btina lain.

Ya Allah penykit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penyakit kat aku?

Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan.

Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik. Kuning pun ada.

Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby.

Tapi dalam masa yang sama saya takut jugak makan certain antibiotic masa mengandung, takut risiko kepada baby.

Sebab masatu saya baru nak masuk trimester kedua. Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.

Banyak kali sangat dah saya berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak.

Tapi sampai bila? Saya dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat. Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri.

Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50. Nafkah btin?

Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin.

Sedangkan saya dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung.

Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan. Dan saya pregnant, mestilah tak period.

Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya saya tidur dalam air mata almost setiap malam.

Sampai saya terfikir nak beli benda yang bukan bukan. Sehingga ke bersalin sy makan hati.

Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama. Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk.

So agak-agak kat mana dia lepaskan kat mana? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan keinginan selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat.

Lepas keinginan kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah.

Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali. Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan.

Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar.

Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri.

Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami..Tolonglah bantu saya. Apa perlu saya buat

Sumber : apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Continue Reading

Trending