“Serik berlakon dengan suami orang” susah jadi saya ni, duduk bernafas pun orang mengata

Aktres Sophia Albarakbah akui serik untuk bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang kerana enggan ada tanggapan buruk terhadapnya

Selepas kontroversi melandanya sebelum ini, Sophia mahu dan berharap hanya digandingkan dengan aktor bujang serta akui penat untuk menjaga hati pihak lain.

Sophia turut menafikan dirinya seorang ‘penyondol’ atau menjadi orang ketiga yang menganggu rumah tangga orang lain.

Saya tak ‘sondol’ sesiapa ya. Buka kamus dan baca maksud ‘penyondol’ itu apa.

sophia

Tambahnya, dia menyukai bidang lakonan namun tidak boleh lari dari kontroversi dan ia adalah perkara yang perlu dihadapinya.

Dalam pada itu, Sophia yang ditanya jika pelakon lelaki berstatus suami orang perlu berhati-hati jika bergandingan dengannya, dia menjawab,

Orang lain selalu salahkan saya. Kenapa? Saya tak pernah mulakan apa-apa dulu, hanya fokus bekerja. Sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa, duduk bernafas pun orang mengata.

sophia

Nama Sophia sekali lagi terpalit kontroversi dengan aktres yang sama, Bella Astillah selepas dia hadir menyaksikan konsert GV10 baru-baru ini.

Mengakui hadir untuk menyokong saudara perempuannya, Aisha Retno, Sophia bagaimanapun dilabel menipu dan putar belit oleh isteri Aliff Aziz itu

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *