Penyanyi lagu Bisa Bonar itu turut menganggap Syazwani tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemubualnya.
Selepas menjelaskan serba sedikit mengenai perkara itu dan menjawab soalan lain daripada penyampai berita berkenaan, Hattan dilihat mematikan talian.
Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara Hattan mengendalikan temu bual itu serta mempersoalkan sikapnya yang kasar.
Penyanyi itu juga disifatkan sebagai tidak profesional apatah lagi temu bual itu dilakukan secara siaran langsung selain dianggap telah merosakkan usaha Astro Awani memberi penghormatan kepada Allahyarham Mael.
“Dia (Hattan) sangat tidak profesional, menghina dan kurang ajar terhadap wartawan penyiaran itu apabila ditanya soalan. Ini adalah siaran langsung, tak perlu nak malukan orang.
“Jenis semua tahu lepas itu nak downgrade (merendah-rendahkan orang). Bila ditanya cara baik, jawablah cara baik.
“Dengan itu telah merosakkan dua minit tribut untuk arwah Mael di televisyen,” komen netizen.
Netizen meluahkan rasa simpati terhadap penyampai berita Astro Awani, Nur Syazwani Saiful Sham.
Sementara itu, Hattan atau atau Mohd Shukri Shahabudin, 59, secara ringkas memberitahu tidak berminat untuk memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.
“Not intrested,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Manakala Syazwani yang dihubungi pula enggan mengulas panjang isu berkenaan dan berharap orang ramai memahami situasinya.
“Saya minta maaf, saya tak boleh ulas apa-apa berkenaan perkara itu, Harap memahami,” katanya.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.