DRAMA 30 Hari Sebelum Raya yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 menerima sambutan hebat penonton di TV3.
Kali ini drama tersebut kembali menemui penonton dan digarapkan menjadi sebuah telemovie komedi berjudul 30 Hari Sebelum Raya Lagi yang bakal menemui penonton pada 28 April depan.
Menurut pengarah telefilem ini iaitu Shuhaimi Lua, penonton bakal disajikan dengan unsur komedi santai dan diselitkan konflik masyarakat yang hangat diperkatakan di media sosial.
“Untuk kali ini ia lebih kepada kandungannya, isu masyarakat yang akan diutarakan seperti isu penyondol serta krisis rumah tangga, tidak sabar dan suka mendedahkan keburukan di media sosial, itu antara yang kandungan diselitkan untuk kali ini.
“Penonton patut saksikan telemovie ini sebab ia disajikan dengan lebih santai yang berunsurkan komedi oleh para pelakon,” katanya kepada mStar.
Pelakon: Kazar Saisi, Nadia Brian, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Mark Adam, Shakila Khoriri, Aprena Manrose, Chacha Maembong.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.