Hiburan

Selepas “Direhatkan” Terus Oleh H0t Fm Sebelum Ini, Ini Pula Tindakkan Astr0 Kepada Shuk Sahar

Pelakon dan pelawak sensasi, Shuk Sahar sekali lagi menerima kecaman warganet.

Ia berhubung kontroversi baru-baru ini yang melibatkan pelakon Fauzi Nawawi, ketika bersiaran langsung rancangan bual bicara, Rumah 107.

Shuk yang juga salah seorang pengacara rancangan tersebut, turut menerima tempias.

Ini apabila didakwa menjadi ‘punca’ pelakon itu tampil berkongsi babak rog0I yang dilakonkannya dalam filem Anak Halal sehingga melibatkan salah seorang pelakon wanita.

Menerusi entri Twitter, pemerhatian Utusan Malaysia mendapati nama pelawak itu sekali lagi menjadi ‘trending’ sejak semalam.

Ia selepas kontroversi berkenaan telah menjadi perbualan orang ramai.

                

Sehubungan itu, rata-rata warga Twitter meninggalkan ciapan kecaman buat pelawak berkenaan kerana bertanya soalan yang dikatakan sensitif ketika rakaman rancangan tersebut.

“Kebanyakan pelawak memang suka melvcah dan menghiina fizikal, Shuk itu dari zaman Raja Lawak dia punya kandungan macam sampah,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Saya sudah hilang rasa hormat kepada Fauzi Nawawi, Shuk Sahar serta produksi yang lain.

Adakah anda fikir wanita terlalu murah untuk dipermainkan? Shaame bro!” tulis pengguna Twitter yang lain.

“Shuk Sahar tidak pernah serik, boleh dah ‘cancel’ dia ini,” ciap lagi salah seorang warga Twitter.

Terdahulu, sedutan video temu bual menerusi rancangan tersebut yang menampilkan pelakon Fauzi Nawawi bersama dua tetamu undangan lain.

Mereka berkongsi tentang pengalaman watak jaahat lakonan masing-masing, telah tular di media sosial.

Menerusi video tular tersebut, Fauzi berkongsi secara terperinci tentang pembikinan babak rog0I melibatkan pelakon Raja Farah dalam filem Anak Halal.

Namun, Fauzi tampil terlebih dahulu membuat permohonan maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran katanya sewaktu bersiaran menerusi rancangan tersebut.

Selaku pihak penerbit, Astro Warna turut dikecam kerana tidak menapis kandungan bersifat keterlaluan.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsi bersama pihak Astro Awani, Astro Warna menegaskan mereka memandang serius perkara ini.

Menerusi kenyataan itu, Astro Warna sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan sksual.

Dan dskriminasi ke atas wanita, sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata (secara lisan).

Astro Warna memohon maaf di atas sebarang keterlanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak.

Dan sentiasa untuk lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program-program terbitan pada masa hadapan.

Video yang tular itu telah menyebabkan Fauzi dan seluruh produksi program Rumah No. 107 dihetam teruk terutama hos yang terlibat di dalam produksi itu iaitu Khir Rahman, Joye Daud, Ropie dan Vicha.

Fauzi dalam satu temubual memberitahu bahawa dia terkejut apabila episod program yang dijayakan itu tular selepas sekian lama.

Tegas Fauzi, selepas selesai menjayakan episod program tersebut dia telah meminta pihak penerbit untuk memotong bahagian yang bersifat keterlaluan.

Namun, bahagian-bahagian itu tidak dipotong.

Sementara itu, Raja Farah dan suaminya telah meluahkan rasa kecewa terhadap isu kandungan video tersebut yang disifatkan mengaibkan dan tidak menjaga kehormatan dirinya sebagai wanita.

Sebagai salah seorang hos Rumah No. 107, Khir Rahman yang membawakan watak sebagai Tok Khir telah membuat permohonan maaf kepada Raja Farah dan suaminya.

Kesal dengan apa yang terjadi dan tidak bermaksud untuk mengaibkan sesiapa dalam episod program itu, Khir bagaimanapun lega apabila Raja Farah dan suami telah menerima permohonan maaf tersebut.

Sumber : Utusan / budaksitu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *