Hiburan

Selepas 28 Tahun Dirikan Rumah Tangga, Sharifah Shawati Dedh Sudah 2 Tahun Berceral

Bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati mendedahkan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Wan Zullkefle Wan Ibrahim sejak dua tahun lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Shawati atau nama sebenar Sharifah Shawati Syed Mohd berkata, dia berkongsi kisah itu berikutan bekas suaminya sudah berkahwin semula dan dikhuatiri boleh mengundang salah faham umum yang mungkin menganggap mereka masih suami-isteri.

Shawati (tengah) gembira dengan kehidupannya kini.

Menurut Shawati, 51, mereka memilih untuk tidak mewar-warkannya perkara tersebut bagi melindungi privasi keluarga dan kesejahteraan anak-anak.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah bercerai secara sah dua tahun lalu dan ia berlaku secara aman.

Tambahnya lagi, dia memaklumkan perkara tersebut sekarang bagi mengelakkan daripada penularan sebarang gosip, kesalahanggapan atau spekulasi yang tidak perlu yang boleh menimbulkan keraguan dan prasangka dan boleh menggangu ketenteraman keluarga kedua-dua belah pihak.

Anak-anak Shawati iaitu Adam (kiri) dan Maya (kanan) bersama bekas suami.

Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan saya sekarang dan sibuk dengan kerjaya dan tugas

Disamping itu, Shawati menjelaskan perpisahan tersebut berlaku secara aman dan tiada sebarang konflik terjadi antara dia dengan bekas suaminya itu. Dia sebaliknya lebih mementingkan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka selain perkembangan kerjayanya.

Shawati ketika ditemui wartawan mStar.

“Saya juga fokus kepada pengendalian syarikat milik saya Adamaya Consultancy And Services yang memberi perkhidmatan konsultansi dan penjenamaan imej, pengendalian bengkel dan majlis serta pengeluaran produk Adamaya

“Selain itu saya juga terbabit dalam kempen membasmi penderaan dan penganiayaan terhadap Wanita dalam rumahtagga bersama Kelab Ikon Malaysia,” ujarnya.

Sharifah Shawati berkahwin dengan Wan Zullkefle Wan Ibrahim pada tahun 1993 dan bercerai pada tahun 2019.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan Adam Shafique, 23, dan Wan Maya Letisha,20.

Sumber : M star / Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *