Hiburan

Sekitar Majlis Akad Nikah Dan Gambar Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Diijabkabulkan

Selamat dinikahkan pagi tadi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kedua-dua pasangan ini telah pun selamat dinikahkan kira-kira jam 10.45 pagi tadi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Acara akad nikah yang dilansungkan tersebut sesuai mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Bismillahhirrahmanirrahim…Cantik kenakan persalinan songket berwarna hitam Terbaru menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Zizi Kirana telah memuat naik gambar berukuran passport miliknya dan juga Yusuf. Malah penyanyi berusia 36 tahun itu turut kelihatan sedang mengenakan makeup daripada Alha Alfa serta menyarung persalinan songket berwarna hitam daripada pereka fesyen Shanell Harun.

berita semalam

PANGGILAN sayang yang diungkapkan aktor Yusuf Bahrin terhadap Zizi Kirana dalam satu r4kaman yang tular pada awal September lalu nampaknya memberi isyarat hvbungan mereka sudah memasuki fasa serius.

Ini kerana pasangan itu dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan bulan depan.

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nik4h. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nik4h),” demikian menurut sumber kepada mStar.

Rakaman Yusuf memanggil Zizi ‘sayang’ menjadi tular.

Malah Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis dirancang itu.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berdua gagal apabila Zizi serta Yusuf tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Sebelum ini kec0h apabila tular r4kaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi Instagram Live (IG Live) pada awal September lalu.

Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

Zizi sebelum ini akui tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan Yusuf.

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun ketika dihubungi mStar berkata dia enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.

Penyanyi lagu Eh ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika r4kaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

Jika benar khabar gembira ini kita doakan urusan mereka dipermudahkan.

Siapa Dr Amar? Kenali Yusuf Bahrin… Jejaka Kacak Pelakon Drama Bersiri Sweet Dreams!

Siapa Dr Amar? Kenali Yusuf Bahrin… Jejaka Kacak Pelakon Drama Bersiri Sweet Dreams!
Watak Dr. Amar dalam drama bersiri Sweet Dreams mendapat perhatian peminat dan penonton.
Menjadi teman setia Qash yang dilakonan oleh Ben Amir, netizen tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang membawakan watak terbabit.Bakat baru yang berusia 27 tahun yang membawakan watak Dr. Amar ialah pelakon Yusuf Bahrin.

Selain ramai yang memuji wajah kacak Yusuf, ada juga netizen yang menyamakan wajah Yusuf dengan pelakon popular, Aeril Zafrel.Jom, kita kenali Yusuf dengan lebih dekat:

1. Yusuf merupakan anak pertama kepada pasangan suami isteri Bahrin Tahir dan Hanita Ajis. Dilahirkan pada 8 Jun 1992 di Shah Alam, Yusuf mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

2. Sebelum mula berlakon, Yusuf mempunyai perniagaan sendiri. Yusuf pernah membuka barbershop di Melaka selama dua tahun dan pada masa yang sama, Yusuf pernah bergelar jururunding kewangan secara separuh masa.

3. Drama bersiri Sweet Dreams adalah karya keenam yang Yusuf bintangi. Sebelum ini, Yusuf pernah menjayakan watak-watak kecil dalam Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib dan Kau Yang Pertama.

4. Yusuf menjadikan pelakon Faizal Hussein sebagai hero kegemarannya. Bagi Yusuf, Faizal masih mempunyai aura sebagai Hero Malaya biarpun dia sudah lama terlibat dalam bidang lakonan. Yusuf turut menyifatkan Faizal sebagai seorang pelakon yang berkarisma dan versatile.

5. Yusuf terlibat dalam bidang lakonan atas dorongan sahabatnya yang bekerja dalam bidang ni. Kini, Yusuf telah dilamar menjadi salah seorang artis dibawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainement. Ahli keluarga Yusuf juga menerima baik dan menyokong bidang kerjaya baru yang diceburinya.
Selain Yusuf dan Ben, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Mira Filzah, Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sumber : mstar / ttk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *