Connect with us

Hiburan

Sekali lagi alami kehilangan kandungan. Nabila Huda luah rasa sedih

Published

on

Pelakon Nabila Huda berkongsi khabar sedih bayi yang dikandungnya gugu kali kedua pada Isnin.

Dedah Nabila, dia mengalami pengeluaran cecair merah sebelum disahkan kehilangan kandungan.

”Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya kehilangan kandungan lagi buat kali kedua.

”Masa pertama kali tahu saya macamtu, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.”Apabila doktor sahkan saya hamil,

saya sangat teruja tapi pada masa sama paran0id. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatvh atau

‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Stories pada Rabu.

Nabila yang merupakan salah satu juri The Masked Singer Malaysia yang kini hangat ditayangkan di Astro Warna

setiap Jumaat pukul 9 malam mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.

”Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu.

Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….

“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” tambahnya.

Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah kehilangan kandungan pada April tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.

Tak Terlintas Untuk Cetuskan Kontroversi Bila Muat Foto Kurang Sopan.

Nabila Huda Ulas Lebih Lanjut Mengenai Kritikan Yang Sering Dia Terkena Bila Melibatkan Pakaian

KUALA LUMPUR: Aktres, Nabila Huda, 36, tidak terlintas mahu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto berkemban menerusi laman sosial, Instagram,

baru-baru ini.Sebaliknya, pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Munafik itu melihat foto yang diambil ketika menjalani penggambaran di Terengganu mempunyai nilai seni.

“Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen.

Saya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu.”Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu.

Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga.

Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik.

“Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin warganet tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak.

Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban,” katanya kepada BH Online.

Nabila berkata, tidak nafikan ada kemungkinan warganet takut nak komen negatif disebabkan dirinya sering membidas sesiapa sahaja yang mengkritik tanpa usul periksa.

”Jika warganet takut baguslah (ketawa). Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban.

“Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilmparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengkritik adalah budak sekolah.”Sebenarnya,

ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi sasaran. Jadi,

 

janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati,” katanya.

Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu berkata, perasaan bersalah menghantui dirinya apabila perkongsian video dalam situasi cemas selepas kediamannya dikatakan dicer0bohi seorang individu

mencurigakn menimbulkan kebimbangan kepada keluarga dan rakan selebriti.Bagaimanapun, katanya, itu hanyalah teaser awal program The Masked Singer Malaysia yang

menampilkannya sebagai salah seorang juri tetap bersama lapan selebriti lain.

“Sejujurnya, timbul rasa kasihan terutama kepada rakan artis yang menyangkakan kejadian ini memang terjadi. Saya pula mana pernah bergurau dengan cara begini.”

Mereka tahu apabila membabitkan soal kerja, saya akan serius. Tetapi, apabila melihat reaksi mereka pan1k, sampai ada yang nak datang rumah dan membuat laporan polis, saya pula cuak.

Terfikir apakah lakonan saya keterlaluan hingga mereka percaya saya dalam bahaya.”Apabila keadaan menjadi kecoh, rasa bersalah pula menghantui diri.

Tak tahu nak buat apa untuk meredakan keadaan. Apa yang mampu dilakukan hanyalah meminta maaf pada mereka,” katanya.-metro

Hiburan

“Orang Ingat Abang Jah4t, Saya Wanita Terani4ya” P0sting IG Lisdawati jadi tumpuan

Published

on

By

Pelakon Lisdawati menjelaskan status Instagram yang dimuat naik baru-baru ini hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukan berkaitan keretakan rumah tangga.

Kata Lisdawati, perkongsian itu sebahagian daripada ilmu yang diperoleh ketika membintangi drama bersiri Light & Love terbitan Nurflix baru-baru ini.

“Dalam kehidupan kita adakalanya kita tak sedar ada individu yang terguris dengan kita dan mungkin akan bercakap belakang. Situasi itu kita tak sedar.

“Saya pun ada keluarga yang besar yang mana saya sendiri pun ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan.

“Bila ada masalah dengan saya datang cakap depan-depan, bukan cakap belakang,” katanya yang berjaya menyelesaikan masalah antara keluarga dalam tempoh kurang tiga hari.

Tegas Lisdawati, hubungannya dengan suami Fauzi Nawawi masih baik biarpun dilanda beberapa kontroversi sejak akhir-akhir ini.

“Dengan abang Alhamdulillah cintan-cintun!…

“Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antagonis. Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat perangai, saya pula wanita yang selalu teraniaya.

“Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami. Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi.

“Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja tapi ia untuk menguatkan hati saya berdepan ujian pada masa akan datang,” katanya.

Kata Lisdawati, hubungannya dengan Fauzi bertambah utuh selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia dua tahun.

“Ketika mengandung anak keempat, saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang,” katanya.

Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Fauzi turut memiliki empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Hainil Fatihah, Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: m Star ) klm

Continue Reading

Hiburan

vide0 : Ar Badul buka cerita sebenar ttg tudvhan bolot harta

Published

on

By

(VIDEO) AR BADUL DINAFIKAN HAK SEORANG BAPA, TAK DAPAT HARTA TINGGALAN MEJAR MOHD ZAHIR- “BERITAHU KENAPA SAYA TAK LAYAK”

SELEPAS lebih setahun kema-tian anaknya dalam kejadian pilu akibat tertem-bak, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak berselindung bahawa hubungan dia dengan anaknya, Allah-yarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat namun haknya sebagai bapa dinafikan.

Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

“Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka… ini benar-benar terjadi,” demikian luahan Badul kepada mStar.

Badul ditemui di kediamannya di Taman Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Badul, lebih kec3wa apabila kisah keretakan rumah tangga serta hubungan dengan anak-anak dijadikan alasan untuk menafikan haknya ke atas harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir yang ma-ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

“Apabila terjadi perkara begini (ke-ma-tian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

“Tapi saya bapa dia… pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Sebelum itu, Badul pernah mendes4k supaya inkues diadakan bagi mencari punca kema-tian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

AR Badul melahirkan kekec3waan apabila haknya sebagai bapa dinafikan.

“Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa… dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

“Macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil… (kena ingat) saya ni bapa dia.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia… kata dialah,” ujar Badul.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, mening-gal dunia akibat terkena temba-kan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel.

Allah-yarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

Tonton video:  minit ke 4.33

 

Sumber : m Star

Continue Reading

Hiburan

“Ayah Saya Betul-Betul Rindu Pel0k Ayah” Jarang Tvnjuk Em0si, Akhirnya Syaiful Zero Buat Ramai Sebaak

Published

on

By

Pelawak kumpulan Zero, Syaiful sememangnya terkenal dengan sikap yang gemar mengusik dan sering membuatkan ramai orang ketawa.

Namun begitu dinding emosi Syaiful akhirnya tewas apabila dia berkongsi coretan menyentuh hati mengenai perasaan rindunya terhadap arwah bapa kesayangan.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagram, Syaiful menyatakan dia tidak dapat melupakan kenangan istimewa bersama bapanya.

“Ayah saya betul-betul rindu ayah, saya betul-betul rindu pelukan ayah… Semua kenangan semasa kita kerja ikan, terik panas kita tarik bakul ikan hujung ke hujung semua tu saya tidak boleh lupakan ayah.

“Banyak lagi ayah saya tidak boleh lupakan bersama ayah… Saya cuma beritahu dengan ayah saya betul-betul sayangkan ayah…

“Yaa Allah ampunkan lah segala dosa ayah ku, tempat kan lah ayah ku dalam golongan orang-orang yang beriman AL-FATIHAH… Aminnn Yaa Allah…” coretnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, pengikutnya juga turut memberikan kata-kata semangat buat Syaiful selain turut menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah bapanya.

“Jika rindu perbanyakkan doa dan sedekahkan ayat-ayat Al-Quran buat arwah… InshaAllah hati lebih tenang… Al-Fatihah buat arwah ayah, moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman… Amin,” tulis maz2785.

“Al-Fatihah… Moga arwah ayahmu tenang di sana dik. Sis pun rindukan arwah abah dan emak sis juga suami dan ankku… Al-Fatihah buat mereka…” komen haszue._.

Sekadar info, Zero merupakan kumpulan pelawak adik-beradik yang dianggotai oleh Syaiful, Sharif dan Atu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gem pak

Continue Reading

Trending