Kemunculan pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sebagai cameo di program Sepahtu Reunion Live semalam menggamatkan suasana apabila dia digandingkan sepentas bersama bekas menantunya, Puteri Sarah.
Kasih sayang mentua & menantu
Menerusi klip video program tersebut, Puteri Sarah sedang menunggu kemunculan cameo yang diundang pada akhir rancangan.
Alangkah terkejutnya apabila cameo tersebut adalah Yusof Haslam dan dapat dilihat Puteri Sarah bersalaman serta memeluk bekas bapa mentuanya itu.
Penerbit berusia 69 tahun itu secara spontan berseloroh dengan menyatakan ‘ramai cuba masuk line Puteri Sarah’ dan semestinya mendapat sorakan kuat daripada penonton.
“Aku sedar, sejak menantu aku menjanda ramai yang nak try.
Kau tak payah ambil hati aku, kau tak layak jadi menantu aku.”
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen mereka dan menyifatkan Yusof sebagai seorang bapa mentua yang penyayang.
Sementara itu, warganet juga mendakwa setiap dialog yang dilontarkan oleh Yusof sangat mendalam seperti ada maksud yang tersirat.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@tomatokaramel Boleh nampak Datuk Yusof still sayangkan menantunya Puteri Sarah???????????? Jep pun try kena marah???????????? Sepahtu Reunion Live 2023 #foryoupage #fyp #masukberanda ♬ original sound – Username : Tomato????
habis je show Puteri Sarah terus dedh apa sebenarnya yang terjadi
Istimewa pada Sepahtu Reunion Live malam tadi, Puteri Sarah dijemput menjadi pelakon undangan dan membawakan watak seorang ibu tunggal bernama Iza.
Masalah bermula apabila satu-satu anak Iza iaitu Fariz (Pak Ya) ditahan di balai polis atas kesalahan mencuri bahan makanan di kedai runcit Encik Mazlan (Rahim).
Lihat siaran ini di Instagram
Macam tu je kena reject. Ketika dirayu untuk menarik laporan polis, Mazlan malah meletakkan syarat agar Iza berkahwin dengannya dahulu.
Apabila Fariz sudah dibebaskan, lelaki itu datang semula ke rumah Iza untuk menuntut janji malangnya cinta itu ditolak.
Suatu hari, Mazlan semakin marah kerana Inspektor Karim (Jep) yang sebelum ini menguruskan tentang masalah penangkapan Fariz rupanya sedang cuba rapat dengan Iza.
Atas dasar dengki, peniaga itu sekali lagi menuduh remaja tersebut mencuri barang di kedainya tapa bukti.
“Heiii, kau jangan ambil hati akulah….Kau tak layak jadi menantu aku”
Pada babak ini, pentas SRL semakin riuh apabila bapa mentua Iza muncul untuk membayar ganti rugi bagi pihak cucunya.
Kemunculan Datuk Yusuf Haslam sebagai cameo jemputan cukup mengujakan ramai apalagi ia turut diselangi dengan dialog-dialog lucu dan ‘mendalam’.
Sarah nak salam je, tapi bapa menta dia tarik dan hugs, nampak Datuk sayang PSL sangat-sangat. Meskipun kemunculan Datuk Yusuf Haslam hanya sekejap, namun ramai penonton terhibur dan sangat berpuas hati dengan tayangan malam tadi.
Di sebalik tabir pula, ada netizen yang sempat merakam keakraban antara Puteri Sarah dan bapa mentanya itu.
Sumber : kisahdunla /ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.