“Sebelum kahwin pun saya sudah jangka itu berlaku, saya sudah masak..” Haqiem Rusli

Penyanyi, Haqiem Rusli tidak berhenti memberi kata semangat buat isterinya, Anis Sofea setiap kali berdepan situasi menjadi mangsa kecaman di media sosial.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 25, berkata sebagai suami sudah menjadi tanggungjawab untuknya menjadi sistem sokongan terbesar buat Sofea, 21.

“Saya setiap hari ada dengan dia, setiap masa dan saat. Saya akan pastikan sama ada dia okay atau tak. Tipulah kalau sebagai seorang manusia, tak ada kecil hati. Sebagai seorang suami, saya kena tenangkan dialah. Bagi kata semangat.

“Nak cakap sedih, semua pihak sedih. Bagi yang mulut-mulut jahat saya tak boleh buat apa. Maafkan saja, hanya itu mampu saya buat,” katanya.

Penyanyi lagu Tergantung Sepi itu juga menafikan hantaran video isterinya bertudung baru-baru ini dibuat kerana mahu mencipta gimik. Sebaliknya mahu kongsi hal baik-baik saja.

 

“Ramai yang sayang Sofea, bukan saya saja. Saya nak tunjukkan juga ramai netizen baik hati yang nasihat secara lembut, positif. Mungkin hantaran itu banyak mengajar netizen yang. Tujuan saya (buat) hantaran itu cuma nak tunjukkan yang baik-baik. Tak ada gimik atau apa,” katanya.

Haqiem juga menjelaskan hubungan mereka tiada masalah apabila jarang muat naik gambar bersama sehingga timbul spekulasi liar pasangan itu bermasalah.

“Saya dengan Sofea baik-baik saja. Cuma sekarang, isu-isu keluarga ini, minta jangan banyak kongsi gambar. Demi Allah hubungan kami baik-baik saja. Tak ada masalah. Kadang-kadang ada juga kalau pergi makan, saya kongsi (gambar) juga. Saya ‘tag’ dia.

“Cuma, isu tengah (diperkatakan) ini kan. Ia berkaitan kebebasan hidup. Kami bukan hidup berpandukan media sosial. Maksudnya, takkan keluar sama tujuh hari, tujuh hari kena kongsi hantaran,” katanya.

Bagi Haqiem, kecaman sudah menjadi sebahagian hidup yang perlu ditelannya sampai sekarang. Bukannya kerana selepas berkahwin saja.

“Sebelum kahwin pun saya sudah jangka itu berlaku. Sebab peminat ini kadang ada yang nak tahu lebih lagi kan. Saya tak salahkan mereka. Saya hormat mereka ambil berat pasal saya.

“Selagi mereka tak ada mengecam, doakan yang baik-baik. Saya okay saja sebab kecaman ini saya sudah hadap lama. Banyak liku-liku yang saya hadapi dalam industri. Saya sudah masak. Saya cuma mampu senyum. Saya buat salahkah, atau tak, saya minta maaf,” katanya.

Sumber : r8v

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *