Connect with us

Keluarga

Sebabkan Dend4m Kesumat yg Masih Membara, Aku Sanggup Jadi lstri Kedua

Published

on

Lagi 3 minggu nak kahwin, tunang kena tangkap basah dengan kawan sendiri.

Akhirnya aku dapat status isteri kedua.

Malam selepas majlis kahwin, aku tetapkan syarat buat suami yang buatkan dia menangis dan sujud depan aku.

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni diterima.

Aku buat confessions ni sebab aku rasa nk share dengan korang semua apa yang aku rasa.

Tengok tajuk pun mesti korang fikir. Bini kedua ni selalunya per4mpas.

So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dpt title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun.

So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni?

Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitorang dah bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah.

Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja 1 company yang sama.

Cuma beza aku kerja dalam office. Dia dan madu aku banyak travel dan dorang 1 team.

Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu la kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau mesej aku 1 hari.

Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat department aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingat aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia.

Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku. Aku? Jantung aku gugur waktu tu.

Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa r3muk hati aku. Rasa s4kit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar.

Oh ya masa kena tangkap basah tu diorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati.. Hurmm.. baik hati macam mana ???

Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dengan cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati – hati jelah dengan madu aku tu.

Jangan sampai tersuka bila dah kerja sama – sama tu. Tapi tak sangka la tangkap cint4n jugak diorang berdua ni..

Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku banyak tumpang kereta kawan – kawan team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah.

Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak.

Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa (sekarang baru rasa kebod0han dia) okay je bila madu aku buat macam tu. Katanya suami aku, madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia.

Aku ada fikir lain tapi aku t3pis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada. Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak g4duh pulak dengan suami.

Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah juga antara salah 1 sebabnya diorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan.

Tapi aku? Baik hati lagiiiii (geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua – dua beIah pihak punya muka. Aku mintak teruskannnnnnn.

Yes gais. Aku teruskan. Bod0h sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni. Cuma waktu tu aku banyak mengalah.

Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa – siapa. Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku.

Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua.

Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Hahahaahahaha. Path3tic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak.

Aku betul – betul tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK.

Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil ye dok ? Tapi aku kategori baik hati dan tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan.

Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang.

So dia memang tak boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yang dia mampu.

Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap.

Dan ada lain – lain. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku. Aku tak nangis pun.

Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak – esak. Dan malam tu juga aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku.

Aku tahu aku dah jadi isteri yang derh4ka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terIuka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni.

Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je. Aku balik kerja dia tak balik lagi.

Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia. Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari.

Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu.

Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerIukan duit lagi – lagi madu dah nak hampir dengan due date. So incase diorang tak ckup duit.

Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?)

Penerimaan keluarga. Masa mula – mula dulu. Mak ayah aku dengan adik beradik aku memang langsung tak nak pandang muka suami aku.

Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas dan tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah.

Apa boleh buat. Dah nasib. Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diorang semua sayang aku.

Mungkin sebab serba salah anak dan abang diorang buat aku. Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit.

Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. PeIuk aku. C1um aku. Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah.

Tapi aku nak diorang redha je. Biar aku je rasa macam ni. Masa first – first aku tengok family in law aku layan madu aku agak teruk.

Tapi aku pujuk diorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku..

Balik kampung suami pun, aku akan tidur hotel dengan adik ipar perempuan aku. Mungkin sebab adk ipar aku sama baya dengan aku.

Jadi aku selesa dengan dia. Thank you ima for understanding me..

And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri.

Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak cerai atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan.

Hak berceraikan hak lelaki. Aku ada jugak tunggu kata – kata tu dari dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat d0nno jelah. Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku.

Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila – bila. Jadi aku serahkan kata – kata tu dekat dia.

Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa sayang dengan dia.

Hubungan kami atas nama suami dan isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya.

Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa.

Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik. Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais.

Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila – bila pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam org lain. Masing – masing banyak senyap kalau balik rumah mentua dan kampung dia.

Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul – betul kosong.

Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty. Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tak sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya.

Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit – sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan ke hadapan tanpa jatuh ?

Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Aku tak reti bercerita guys. So kalau ada berterabur tu.

Maafkan lah sayaaa. Untuk perempuan di luar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada org macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss.

Watch outttt. Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dug4an ni.

Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ?

Moga semuanya baik – baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn. Untuk lelaki di luar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana.

Tapi jangan siksa perempuan macam binatang. Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul – betul. Kalau tak nak tak payah. Kan senang?

Jangan nak tunjuk handaI sangat.

Ok tu sahaja aku nak luah n beri nasihat. Thank you korang sudi baca luahan yang tak seberapa ni.

Yang benar,

~Isteri kedua

– Nurul

Komen Warganet :

Nabilah Zaki

Oklah lepasni madu beranak, kau offer diri jaga anak madu kau pulak. Bagi laki kau dengan madu kau teruskan honeymoon.

Lepastu, kau pulak susah payah carik duit besarkan anak tiri kau. Bagi laki kau dengan madu kau spend duit diorang untuk joIi katak.

Teruskan confessor, sesungguhnya anda sedang melakukan amal jariah. Pasal kebahagiaan diri sendiri tak payah fikir sangat, sebab semua dah h4ncurkan hari laki kau kawin lain.

Hah dah tak payah susah susah cantum balik. Biar je h4ncur. Yang layak bahagia madu dengan laki kau je. Kau suka mend3rita kan. Teruskan. Tep0k sket

Mohd Iqbal Sirajudin

Aku tak faham apa yang kau cuba buat. Kau nak baIas dend4m? Kau nak orang bersimpati dengan kau?

Berjaya tak? Aku rasa tak! Sebab yang banyak s4kitnya adalah kau juga.

Bila kau teruskan perkahwinan dengan lelaki yang curang, yang dah berkahwin pun dengan kekasih gelapnya, tu pun dah nampak tak kena.

 Kemudian boleh pula, letak bermacam syarat, dan akhirnya kau rasa suami kau layan kau macam binatang? What the *t0ot*!!!

I cannot brain, lah dey!! Don’t go on f1ghting a Iosing battIe. Get out of it, and go find some other battIe worth f1ghting for.

Naza Rahman

Sedarla diri Nurul!!!! Jangan bazirkan masa muda dengan kehidupan macam ni. Dapat tak?

Perasaan marah, dend4m, s4kit hati aje. Lepaskan la. Biar dia bahagia dengan isteri dan baby baru lahir.

Bukan satu hin4an pon berstatus J jika tiada langsung perasaan sayang, hormat, kasih pada suami. Hentikanla d3ra perasaan sendiri. Tak ade guna nya pon.

Awak ada kerja, aset dan pendapatan tetap. Bahagia kan diri sendiri dan keluarga.

Tindakan awak ni sebenarnya meIukakan hati kedua – dua keluarga secara halus. Setiap kali nampak kelibat awak, hanya kesian, simpati, sedih ada di hati mereka.

Bangunla. Biarla kedua – dua keluarga lihat yang awak bersemangat, ceria dan bahagia dgn kehidupan.

Jangan sia – siakan kehidupan ni. Nikm4ti selayaknya seperti orang lain.

Khadijah Muhammad

Kamu berhak untuk bahagia, sampai bila kamu nak habiskan masa dengan cara ini? Sehingga umur 40thn, 50thn? sia – sia sahaja.

Lelaki seperti itu tidak layak untuk kamu.. pergilah.. carilah kehidupan baru dik, saya doakan kamu kan jumpa yang baik sama baiknya seperti kamu… amin…

Saya tak pasti, saya rasa adakah kamu masih menyayangi suami kamu dan berharap dia menceraikan madu kamu?

emmmm.. saya rasa lelaki tamak, kalau boleh mereka mahukan 4… hahahha… kalau ada 2, jangan mimpi dia nak lepaskan kamu dengan mudah kecuali kamu minta.

Sebelum dapat tittle isteri derh4ka, sebaiknya fikir baik – baik… kamu ada 2 pilihan sahaja. Teruskan dan maafkan, atau lepaskan.

Lelaki modal mereka DERH4KA sahaja, mereka takkan nampak peng0rbanan seorang isteri.

Ann Fardan

Kau bukan baik dik. Kau kej4m, kau ani4ya diri sendiri. Kau zaIimi perasaan mak bapak yang susah payah besarkan nak lihat kau bahagia end up jadi macam kayu mereput tunggu masa.

Sebenarnya kau lah yang masih sayang pada mangkuk jah4nam tu sampai kau tak boleh move on.

Kerana terlalu sayang dan tak percaya dia boleh khi4nat kau. Kau ik4t kaki dia dengan perkahwinan yang hanya valid atas sekeping kertas…

Kau masih indeniaI harapkan dia sama macam dulu tapi kau tak nak usaha apa – apa.

Kau bukan sahaja bod0h dik tapi kau terlalu kecewa hingga eg0 kau masih mahu bersama dia.

Sedangkan dia tak ada lagi rasa kasih tu pada kau kecuali atas rasa bersalah. Kalau akak jadi kau lepas kena tangkap basah tu akak Iempang dua – dua tu kemudian akak batalkan perkahwinan sebab maru4h dan harga diri kita lebih utama dari malu majlis tak jadi.

Kau rasa madu kau respect ke kat kau? Dia sedang gelak – gelak bahagia dia bijak dapatkan apa dia nak.

Mertua family in law tu semua baik sebab rasa bersalah anak diorang buat dajaI. Esok dah ada cucu mereka akan lupa kisah madu kau dulu dan juga akan terlupa kewujudan kau dik.

Sebelum orang tak peduli kita baik angkat kaki blah… Macam laki kau tu kat chow kit pun banyak dik.

Pesan akak malu letakkan ditempat yang betol kerana bahagia kita terletak pada bagaimana kita letak harga diri kita.

Kau nak dia respect dan giIakan kau balikkan sebenarnya sampai dia tinggalkan madu kau kan????

Then move on… Cari orang lain masa tu baru dia sedar apa yang dia hilang dan dend4m kau akan benar – benar berbaIas..

Keluarga

Umur 21 Dah Kahwln, Giliran Madu Muda Pula Dedh Kisah Sebenar

Published

on

By

2, 3 hari ini kecoh di media sosial foto-foto pernik4han seorang lelaki yang dikenali sebagai Khubaib Ramli sambil diiringi isteri pertamanya, Puan Syiela. Posting berkenaan mendapat perhatian ramai kerana bukan senang untuk melihat seorang wanita membuka hati untuk menerima kehadiran insan baru bergelar m4du.

Giliran isteri ‘muda’ buka mulut, maafkan semua netizen yang pernah berkata bvruk

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, giliran Ain Soleh selaku isteri muda kepada lelaki tersebut, wanita itu akhirnya mengulas tentang perkahwinan viral tersebut. Selain memohon maaf tentang video TikTok yang turut tular, dia turut memaafkan semua netizen yang telah berkata bvruk tentangnya.

“Assalamualaikum, Memandangkan sekarang tengah hangat isu viral perkahwinan saya, di sini saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh berkenalan dengan suami saya. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua tentang video tiktok saya yang mendapat kecaman ramai org.  Saya juga telah memaafkan semua kata² yg telah dilontarkan kepada saya dengan ikhlas hati 

Awalnya nak mencari kerja tapi tak sampai seminggu sudah dipinang jadi isteri muda Wanita yang baru sahaja berusia 21 tahun tersebut juga berkongsi kisahnya saat dipinang lelaki berkenaan. Menurutnya pada awal Februari lalu, dia telah menghadiri temuduga dan diterima bekerja di syarikat milik Khubaib. Tak sampai seminggu berkhidmat di tempat itu, dia telah dipelawa untuk diperisterikan sebagai isteri muda.

Begini ceritanya

1/2/2020 – saya pergi interview di syarikat suami saya. Petang tersebut saya mendapat tawaran utk bekerja disitu

2/2/2020- saya mula bekerja di syarikat suami saya.

6/2/2020- suami saya menyampaikan hasratnya/ melamar saya, dalam masa yg sama dia memberi tahu yang dia memang sedang mencari isteri lagi. Katanya isteri nya memberi kebenaran untuk tambah lagi. “beri saya masa utuk berfikir” itu shja balasan saya

Awalnya t0lak pelawaan, lama-lama terbuka hati

Nurul Ain pada mulanya ingin men0lak pelawaan tersebut dan berhenti kerja. Namun hari demi hari, hatinya makin terbuka untuk menerima lelaki berkenaan.

Tambahnya lagi, dia juga perlu seorang pemimpin untuk membimbingnya. Walaupun mendapat kec4man ramai, tapi dia lebih yakin pada j0doh pertemuan itu di tangan Allah.

“Hari bertambah hari. En suami teruskan usahanya untuk dapatkan saya. Pada awal² nya saya tidak mahu menerima lamaran tersebut, saya ingin berhenti kerja..Tetapi hari semakin hari Allah membuka hati saya untuk menerima. Dalam masa yg sama saya cuma berfikir,

“Saya sebagai seorang permpuan perlukan seorang pemimpin yg boleh membimbing saya ke syurga Allah. Kerana akhirat la hujung kehidupan kita . Mak & ayah sangat support keputusan saya

“20/2/2020- saya menerima lamaran tersebut & en suami terus memberi tarikh² yang sesuai utk bertunang, Saya bertunang pada 15/3/2020

“Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar. Pada 20/9/2020. Saya telah sah menjadi isterinyaa. Saya yakin jodoh & pertemuan semuanya hak Allah

Madu Calon Ke 8

Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

“Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

“Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Sumber : Syiela Rashid / Ain Soleh / Kisah Dunia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Tak Sangka Itu Lambaian Terakhir. B4yi Mninggal Dvnia Di Rumah Pengasuh, Ibu Luah Rasa Sayu

Published

on

By

Rezeki, jodoh, aj4l dan m4ut sesungguhnya sudah ditetapkan Allah SWT.

Kita sebagai hamba-Nya haruslah menerima ujian dengan hati yang ikhlas dan redha.

Seperti perkongsian wanita ini, anaknya yang baru berusia enam bulan mninggal dunia dipercayai tersed4k susu ketika berada di rumah pengasuh.

Wanita ini menceritakan kenangan terakhir bersama anak syurganya, Aleefa.

Puteri syurga, Aleefa

Assalamualaikum wbt

Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion, friendly).

Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al Quran “alif”. Dil4hirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh.

Kesakitan contr4ction dialami sejak Isnin 09.03.2020 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted.

Disebabkan dengupan jantvng baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12 tengah malam.

Dil4hirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sebab dah lama menahan sakit.

Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yang teramat sakit. Saat diberikan b4yi pada kali pertama,

hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.

Hari pertama dil4hirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning untuk baby. Namun ibu terpaksa ditahan diwad sebab BP naik sewaktu di dlm labour room.

Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu.

Bagusnya baby pandai sangat hisap tapi susu belum keluar sepenuhnya.

Dia bangun awal tapi duduk diam je

Malam pertama, nurse ambik semua baby untuk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya.

Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat.

Tapi kuatkan kudrat jugak. Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby hisap kerap tapi tetap tak ada.

Bila malam nak tido aku terpaksa panggil nurse untuk topup susu formula.

Sebab susu ibu tak ada so kuning dia pun tiba-tiba naik mendadak.

Hari ketiga sebelum subuh baby dia diam je walaupun mata besar sangat.

Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.

Aleefa anak yang paling mudah jaga. Men4ngis pun jarang dan tak kuat.

Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yang manis.

Tidur malam lena tanpa jaga (kadang-kadang je bangun sekali dua nak susu).

Dia dah mula merangkak dua tiga tapak. Pada pagi akhir, dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia.

Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala.

T4kut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum setegok dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia.

Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa.

Abg datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.

Sempat pandang, senyum pada ibu

Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi. Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya.

Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir. Anak saya mninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 Jumaat jam 2.15 petang mengikut masa tiba di h0spital namun

atas kertas siasat doktor tertulis anak telah mninggal di rumah pengasuh. Setakat apa yang kami tahu anak mninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh.

Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.

Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana mana pihak.

Kami terima ujian ini dengan hati yang redha dan ikhlaskan semua ini. Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang-timang berebut timang dengan Wan Saad, Embang Lanang,

Embah Wedok dan daddy Nanang. Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.

Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan meng4ndungkan kamu, mel4hirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.

“Isteri yang kemat1an suami dipanggil balu, anak yang kemat1an ibu bapanya dipanggil anak y4tim pi4tu,

ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yg mampu diungkapkan sebab ia nya terlalu p3rit”. Salah satu dialog drama Black versi Korea.

Jas4dmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020.
Aleefa Mohamad Afnan

Sumber : Noraziah Ramli / Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Kebahagian Aku Diragut Permpuan Muda, Terkejut aku Tgk Prmpuan tu mcm Buncit, Rupanya ini yg Berlaku

Published

on

By

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kisah sedikit panjang. Keseluruhan pembacaan 5min.

Saya wanita berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin lebih kurang lima tahun dan mempunyai dua orang anak. Saya kahwin agak lewat.

Suami saya muda 3 tahun daripada saya. Kami tak bercinta sebelum kahwin.

Saya memilih dia kerana kesungguhan dia untuk memiliki saya selain daripada sebab-sebab wajib yang lain seperti solat, family dan pekerjaan tetap walau tahap SPM (dia ada degree).

Saya banyak buat hal sebenarnya sebelum kahwin. Yelah, sebab hati tak betul-betul suka kan. Salah sikit saja saya minta putus.

Dia buat saya terasa, saya terus bergegas nak balik, hingga dia kemalangan terlanggar lori lepas kami berjumpa.

Katanya (lepas tu) sebab dia tak boleh fokus memandu sebab risau saya marahkan dia.

Saya ignore semua message dia hingga dia terpaksa telefon ayah saya, bagitahu yang kami ada masalah.

Ayah saya yang pujuk saya, untuk terima dia semula sebab ayah saya kata dia macam nak menangis ketika cerita pasal saya tak hiraukan dia walaupun ketika dia sent gambar dia kemalangan.

Suami saya bukanlah citarasa saya dari segi fizikal. Badannya besar, tinggi. Selalu cakap nak diet, tapi susah sebab dia suka makan.

Kulit sawo matang, kulit biasa lelaki melayu tapi manis tu tetap ada. Suka pakai kain pelekat dan baju melayu ke mana-mana.

Sebab dressing dia macam orang tua, selalu orang sangka yang saya lebih muda daripada dia. Saya ceritakan semua ni ada sebabnya.

Dua tahun lepas, berlaku hal yang tak disangka dalam rumah tangga kami.

Ketika saya berada di rumah keluarga suami, ibu bapa mertua menyebut yang sebelum suami saya berkahwin dengan saya, suami pernah nak dijodohkan dengan anak sepupu suami.

Masa tu suami saya baru frust, kira dia setuju je. Lepas suami jumpa saya, dia berubah fikiran dan rancangan tu batal macam tu je.

Tapi selepas anak saudara mak mertua saya jatuh sakit (terminal illness), dia menuntut janji tu semula.

Katanya nak ada orang yang jaga anak dia lepas dia meninggal.

Perempuan tersebut, sepupu suami tu saya namakan dia Yuna. Yuna ni anak perempuan tunggal dan bongsu. 3 orang abang dia dah berkahwin dan duduk jauh.

Mak si Yuna dah meninggal lama juga, sejak Yuna sekolah rendah. Bapak Yuna ni anak saudara mak mertua saya.

Mertua saya ni anak bongsu. Anak saudara dia tu anak sulung kakak dia yang sulung.

Salasilah tu berbelit sikit tapi boleh dikatakan keluarga jauh juga.

Suami saya kata, sejak dah besar, diorang jarang jumpa. Kecil-kecil dulu selalu juga. Keluarga mertua tak paksa, lagi-lagi kalau saya tak boleh terima poligami.

Tapi mereka cadangkan kami sama-sama pergi negeri jiran untuk melawat bapak si Yuna yang sakit ni. 2 jam perjalanan je.

Waktu tu saya sebenarnya tak tahu nak rasa apa. Dalam hati saya, saya confident yang suami terlalu sayangkan saya dan anak2.

Dia tak kan buat apa-apa keputusan yang membelakangi saya.

Suami saya ni suka bergurau dan bercakap. Apa-apa yang jadi kat tempat kerja pun dia cerita. Nak buat apa-apa pun dia akan cakap.

So takkan keputusan sebesar ni dia nak buat sorang-sorang kan.

Dalam rumah tangga kami, saya yang selalu lebih matang daripada suami. Dia pun selalu cakap, dia banyak belajar daripada saya.

Masa jumpa keluarga si Yuna ni kali pertama, memang langsung takde sebut pasal kahwin.

Cuma saya perasan bapak Yuna ni macam hint sesuatu bila dia kata takut Yuna ni tinggal sorang-sorang lepas dia takde.

Yuna ni muka budak-budak dan badan dia kecil, nampak macam baru sekolah menengah padahal sedang belajar di IPT.

Tengok dia berborak dengan suami pun nampak macam abang adik. Takde gedik-gedik cover ayu semua tu.

Suami saya siap usik dia pasal boyfriend lagi. Dia panggil suami saya abang. Beza dorang dalam 9 tahun.

Panjang sangat nak cerita. Tapi cut the story short, lepas jumpa family Yuna, saya yang minta suami saya untuk terima Yuna.

Mungkin kerana saya kesian tengok ayah Yuna yang terlantar masa tu.

Saya takut kalau saya menghalang, apa-apa jadi nanti family suami akan blame saya.

Lagipun suami saya dah terlanjur berjanji kan. Dia mungkir pun sebab saya.

Selain daripada tu, jauh di sudut hati saya rasa suami saya dan Yuna memang tak ada apa-apa perasaan pun.

Yuna tu muda, lincah, pakaian trend ala-ala K-pop yang tutup aurat tu. Mesti dia nak lelaki yang sebaya. Yang handsome, ala-ala K-Pop ke. Bukan macam suami saya.

Med Soc pun tak ada, game tak main, shopping mall tak suka pergi. Kalau berjalan pun untuk cari tempat makan je biasanya.

Saya dapat rasa dia setuju pun untuk puaskan hati ayah dia je. Memang saya nampak Yuna ni manja sangat dengan ayah dia masa saya datang hari tu.

Masa akad nikah, saya ada di situ menyaksikan pernikahan mereka yang boleh tahan meriah.

Malam tu suami tidur di bilik dengan saya. Rumah family Yuna rumah kampung, ada banyak bilik. Saya diberi bilik sendiri untuk saya dan anak-anak.

Menurut suami, lepas ni tak akan ada apa yang berubah. Yuna tetap akan tinggal di rumah dengan ayah dia sebab dia masih belajar dan ayah dia sakit.

Dia ulang alik rumah ke IPT. Suami saya tetap akan tinggal dengan saya macam biasa.

Tiada giliran. Saya pernah dengar family suami sebut macam nikah gantung.

Kira suami tak wajib lagi bagi nafkah sebab masih tak tinggal bersama dan isteri tak wajib menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab masih belajar.

Di waktu cuti sekolah, kami sekeluarga termasuk anak-anak akan ke rumah family Yuna. Saya suka je balik sana sebab suasana kampung.

Anak-anak suka kejar ayam, kambing, panjat pokok. Kadang-kadang musim buah ayah Yuna akan telefon ajak makan buah.

Ada juga balik bila ada kenduri family belah suami. Saudara suami saya ni banyak yang duduk satu negeri dan dekat-dekat je.

Suami saya pun bila berborak dengan Yuna, tak pernah lagi diorang borak berdua. Mesti akan libatkan saya sekali walaupun saya lebih banyak mendengar je.

Suami saya dengan Yuna ni dua-dua jenis rajin bercakap, so kalau berborak tu kecoh rasanya. Yuna pun suka layan anak-anak saya.

Suka bawa berjalan, belikan macam–macam. Dalam fikiran saya, bermadu tu tak la seteruk mana.

Oh ya, selain family suami, takde orang lain yang tahu tentang perkahwinan baru suami ni.

Kalau saya balik rumah family Yuna, saya akan sebut balik kampung belah suami.

Mak ayah mertua saya duduk di bandar dan masih bekerja. Kalau balik kampung biasanya mereka akan balik ke rumah kakak sulung mak (kira nenek Yuna)

So sekarang rumah family Yuna yang dah jadi kampung baru suami saya. Dan Yuna pun bila suami ada dia akan pakai tudung, berlengan panjang macam ada orang asing dalam rumah.

Bila lepas solat sama-sama pun Yuna tak akan salam tangan suami saya.

Semua nampak ok sehinggalah ketika saya balik ke rumah family Yuna, saya perasan perubahan bentuk badan Yuna. Nampak lebih tembam.

Pakai baju pun yang kembang-kembang. Mulanya saya tak syak apa-apa hingga ketika saya nampak Yuna baring dalam bilik.

Anak saya buka pintu luas-luas sebab nak masuk masa tu. Ya, nampak bentuk perut Yuna. Kalau orang boncit pun, bila baring perut akan leper.

Tapi perut Yuna tak leper walau baby bump tu Nampak tak besar mana. Waktu tu saya dah syak dia mengandung.

Bodohnya saya ketika itu, seketika saya ingatkan yang Yuna tu mengandung anak luar nikah.

Saya seolah lupa yang Yuna adalah isteri suami saya yang sah. Saya tak tahu bila mereka bersama. Saya sangat pasti suami tak pernah balik ke sana sendiri tanpa saya.

Mungkin ketika tidur di bilik saya, malam-malam dia menyelinap masuk ke bilik Yuna. Dan Yuna membenarkannya.

Ketika ni saya tiba-tiba rasa sangat marah. Saya rasa diketepikan. Macam suami buat benda salah senyap-senyap belakang saya.

Ketika orang lain berada di luar rumah, saya menyelinap masuk ke bilik Yuna.

Saya jumpa buku pink. Tertera nama suami saya di situ. Yuna mengandung dah 29 minggu ketika tu.

Yelah, badan dia kecil kan, lagi kelahiran anak pertama, sebab tu tak ketara sangat.

Saya diamkan perkara ni. Saya nak tengok sampai bila suami saya nak berahsia.

Dan selepas itu, bermulalah ujian hidup berpoligami yang sebenar bagi saya. Suami masih lagi seperti dulu.

Dari zahirnya nampak tiada apa yang berubah. Masih lagi ringan tangan membantu saya di rumah, rajin melayan anak-anak. Masih lagi menjadi imam solat saya.

Tapi saya yang berubah. Saya tak boleh tengok dia pegang handphone di rumah, saya akan rasa seolah-olah dia sedang message dengan Yuna.

Tak boleh nampak dia senyum, saya akan terbayang seolah-olah dia sedang angau tentang Yuna.

Malah ketika bersama pun saya masih rasa dikhianati terbayang saat dia bersama dengan Yuna.

Ketika Yuna voicecall dengan anak-anak saya, saya rasa benci sangat tengok muka dia.

Saya anggap Yuna macam adik, tapi Yuna dah tikam saya daripada belakang. Entahlah.

Kami masing-masing tak pernah berbincang pasal ni. Mungkin hanya saya yang rasa mereka tak pernah ada perasaan.

Mungkin saya sendiri yang terlalu yakin dengan kasih sayang suami pada saya.

Setiap kali ketika nak pujuk saya, suami akan sebut macam mana susah dia nak dapatkan saya dulu.

Mungkin saya terlalu memandang rendah pada suami saya sehingga saya rasa tak mungkin ada perempuan lain yang nak kan suami saya.

Saya terlupa kuasa sweet talker seorang lelaki.

Saya pernah baca whatsApp suami dengan Yuna.

Ayat-ayat biasa je, macam ‘ayah panggil balik’ atau ‘minta doakan nak exam.’

Tapi di sebalik tu saya tak tahu la. Mungkin mereka prefer by call.

Mungkin suami saya dah padam msg2 sweet yg lain. Hati saya sakit sangat. Api cemburu dalam dada ni macam nak pecah dibuatnya.

Terbayang apa yang tak boleh dengan saya, mesti ok dengan Yuna. Contoh suami saya suka masuk racing amatur.

Sebelum kahwin dia aktif dengan group kereta. Tapi lepas kahwin, dia slowdown buat semua tu.

Saya memang tak menghalang, tapi tak juga menyokong. Kalau dia ajak ikut geng kereta dia, jarang saya nak ikut.

Saya jenis introvert. Dan sebab saya tak ikut dia tak akan pergi.

Dia selalu cakap dia tak boleh jauh dengan saya dan anak2.

Sama juga kadang2 bila ada cuti sehari je, suami suka ajak jalan tempat yang jauh2 untuk cari makan.

Saya malas nak jalan jauh2 semata-mata nak makan. Saya bukan suka makan tempat2 viral sangat ni sebab bagi saya selalunya hype je lebih.

Tapi Yuna muda, jenis extrovert, lincah. Mesti Yuna boleh ikut rentak dia.

Mungkin dia rasa dia boleh dapat penghormatan yang lebih sebagai seorang suami dengan Yuna yang lebih muda daripada dia berbanding saya.

Panjang sangat dah saya menulis ni. Tapi sebab saya malas nak sambung2 lagi, saya pendekkan je.

Sekarang Yuna sedang dalam pantang. Akhirnya suami dapat anak perempuan yang dia nak sangat.

Suami saya berterus terang yang Yuna mengandung bila dia nak balik negeri family Yuna sebab Yuna nak bersalin.

Waktu tu dia nampak kalut sangat kemas-kemas barang, so saya pun tak bertanya apa-apa.

Dia pun macam tak kesahkan perasaan saya masa tu, excited nak sambut baby baru agaknya. Sejak PKP ni, suami saya dah tak kerja. Retrenchment.

Dia kerja sendiri dengan kemahiran yang dia ada. Sekarang dia ada banyak masa lapang berbanding saya yang susah dapat cuti ni.

Hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke rumah family Yuna walau tanpa saya.

Saya pernah ikut sekali je. Pertama kali saya rasa diketepikan bila suami saya dan Yuna sama-sama bercakap pasal anak mereka.

Dan pertama kali saya dan anak-anak tidur sendiri bila suami tidur di bilik Yuna. Saya cuba rasionalkan diri yang saya tak patut cemburu.

Yelah dulu waktu saya pantang, suami juga sanggup ulang alik rumah mak saya dan tempat kerja dia setiap hari.

Bukan dekat, lebih sejam sehala. Tapi sekarang dia jumpa baby baru dia hanya di hujung minggu je.

Tapi saya bukan robot. Perasaan cemburu yang datang bukan ada butang on off. Saya sendiri terseksa dengan rasa ni, tapi apa yang saya boleh buat?

Dulu saya selalu bayangkan, bila ayah Yuna meninggal, hubungan mereka akan berakhir.

Tapi kini nampaknya ayah Yuna makin sihat dan seronok dengan baby baru.

Suami saya pula tak mungkin akan membiarkan zuriatnya tak berbapa.

Saya bukan jahat sangat doakan orang cepat mati, tapi kalau tengok keadaan ayah dia masa saya melawat dulu, memang nampak macam tu.

Dulu Yuna umpama menumpang kasih, kini berkongsi.

Di masa akan datang? Mungkin saya yang akan undur diri.

Bukan mudah untuk saya membayangkan hidup tanpa suami sebab selama ni hidup saya segala-galanya berlegar tentang dia.

Anak2 pun rapat dengan dia. Tapi api cemburu ini makin hari makin memakan diri saya.

Terus terang saya katakan, dari segi nafkah, suami tak mampu berpoligami. Apatah lagi dengan pendapatannya yang tak tetap sekarang ni.

Sebelum ni saya tak kisah berkongsi perbelanjaan sebab saya tahu suami bukannya culas dengan sengaja.

Tapi buat masa sekarang, hati saya sakit bila saya yang perlu berbelanja itu ini. Saya jadi mengungkit dan berkira, tapi lebih banyak saya simpan sendiri.

Cuma kadang-kala saya menyindir yang ‘sekarang kena jimat’ or ‘duit saya cepat habis.’ Lama-lama hati saya yang parah dan saya jadi kurang layan suami.

Suami juga tidak lagi rajin bercerita macam dulu Mungkin semua cerita2 dia dah kongsi dengan Yuna.

Dia masih lagi menjawab bila saya bertanya. Masih lagi membantu saya dengan kerja rumah dan anak2, tapi entahlah. Segalanya rasa tak sama macam dulu.

Apa yang patut saya buat? Bagaimana nak didik hati untuk redha dengan semua ini?

Dan jika sampai bila2 saya masih tak dapat terima semua ni, apakah perlu saya berpisah dengan suami?

Atau saya yang perlu meminta Yuna undur diri.

Part ii Baca Sini KLIK SINI

Sumber : Aisyu (Bukan nama sebenar) / iium

Continue Reading

Trending