Semalam Lando Zawawi telah mengutarakan pendapatnya mengenai isu semasa UStaz Ebit Lew. Dia memberi pendapatnya dari sudut undang-undang. Dalam perkongsian tersebut Lando Zawawi ada mengatakan bahawa Ustaz Ebit Lew mempunyai beberapa kesalahan dan salah satunya adalah sebab dia bukan Melayu.
“Kelemahan no 2 ni bukan sebab dia kurang berpengetahuan.. Macam mana saya nak cakap ye sebab takut dia terasa, Kalau Ustaz Ebit Lew menonton ni saya minta maaf” – Ujar Lando Zawawi.
“Ebit Lew ni dia bukan melayu, dia bangsa cina yang masuk Islam, jadi orang Islam dia jadi Ustaz, jadi dia tidak faham Budaya Melayu !!”
“Apa itu budaya melayu yang menyebabkan dia kena, budaya melayu yang dia kena adalah perasaan tidak puas hati, iri hati dengki cakap belakang. Benda-benda ni ada pada Melayu yang Ustaz Ebit Lew gagal untuk memahami sebab dia orang cina” – Ebit Lew
“Saya atas ini, saya minta maaf dengan Ustaz Ebit Lew, saya rasa kesal, sebab dia orang cina, dia tak faham orang melayu ini cakap belakang, dan saya orang melayu saya tahu.
Ramai yang menyokong apa yang dikatakan oleh Lando Zawawi dalam siaran langsung yang dibuatnya di laman facebooknya pada malam tadi.
Lando yang merupakan aktivisi beberapa kali dipanggil oleh pihak polis ke balai bagi memberikan kenyataan. Namun menurutnya setakat ini tiada kes melibatkannya atau mana-mana brotherhood Malaysia di balai polis kerana mereka adalah dipihak yang benar.
Ustaz Ebit Lew juga dipanggil oleh Bukit Aman semalam bagi memberi kenyataan untuk beberapa perkara. Ustaz Ebit Lew juga dikatakan telah berhenti untuk keluar memberi sumbangan. Kini sumbangan diberikan oleh Ebit Lew secara atas talian kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Sumber : RentasAsia / klmenjerit
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.