“Sebab marah sekarang nak zaIimi ank” dkwa abai ank, JKM serbu rumah Shuhada buat siasatan

Terbaru, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan rumahnya pernah dikunjungi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas aktor tersebut membuat aduan dirinya tidak menjaga anak-anak mereka dengan baik.

Kata Nurul Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu, dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal dengan baik dan sama sekali tidak mengabaikan dua anaknya itu iaitu Humairah dan Umar.

Jangan nak pentingkan diri dan susahkan urusan. Jangan sebab rasa marah sebelum ini sehingga sekarang nak zalimi anak-anak.

Dalam pada itu, wanita itu memberitahu dirinya tidak pernah menghalang Hafidz untuk bertemu dengan anak-anak dan membenarkan aktor itu jumpa pada bila-bila masa.

Sebutan semula kes hadanah ini akan bersambung pada 23 Januari tahun hadapan.

Sekadar info, 27 Julai lalu, mahkamah menetapkan lafaz cerai yang dibuat oleh Hafidz Roshdi kepada Shuhada melalui aplikasi WhatsApp pada 22 Februari adalah sah.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *