“saya tak kacau orang, saya hanya..” sethun tiada tawaran berlakon, sekali KANTOI pekerjaan sebenar pelawak Ammar Titan

Pengacara dan pelakon, Ammar Titan, 36, kini menjadi ejen insurans sepenuh masa sejak Julai lalu bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga selepas jarang mendapat tawaran dalam karier seni.

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan berkata, sebagai suami dan bapa dua cahaya mata, dia tidak boleh hanya menunggu kerja yang datang kepadanya, namun perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan pekerjaan itu.

“Alhamdulillah, sejak Julai lalu saya sudah ada kerja tetap sepenuh masa sebagai ejen insurans. Walaupun bukan mudah nak dapatkan kepercayaan orang untuk ambil insurans, tapi saya tak pernah rasa malu.

“Bagi saya, asalkan pekerjaan itu membawa sumber pendapatan untuk sara keluarga, saya buat semuanya tanpa rasa malu. Termasuk, membantu rakan saya menjual makanan di bazar pada Ramadan lalu, hanya untuk cari duit lebih.

“Pernah juga rakan itu bertanya, okay ke artis macam saya kerja di bazar jual makanan? Saya kata kepadanya, kalau di lokasi ‘shooting’ saya memang artis, tapi di tempat lain saya tetap orang biasa saja,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ammar ditemui pada sidang media Teater Bangsawan Dang Anum arahan Amirul Haswendy di sebuah studio di Cheras di sini.

Mengulas pula mengenai tawaran teater itu, Ammar berkata, dia melakonkan watak utama sebagai Laksamana Bentan dan menerimanya kerana mahu melepaskan gian berlakon teater.

“Saya rindu sangat nak berlakon teater sebab kali terakhir terbabit dalam pementasan teater Terima Kasih Cinta pada 2011. Lagi pun, saya memang jarang dapat tawaran berlakon sekarang.

“Tapi, tak apalah dapat keluar berlakon sekali-sekala pun okay dan saya anggap semuanya bergantung rezeki. Kalau ada rezeki saya dengan watak yang sesuai, insya Allah saya akan terima,” katanya.

Teater Bangsawan Dang Anum akan dipentaskan pada 14 dan 15 Oktober ini jam 3 petang dan jam 8 malam di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Ammar yang pernah menjadi penyampai radio terpalit dengan kontroversi gara-gara mempersendakan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek menerusi satu rancangan komedi.

Dia juga didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan secara sengaja.

Sumber : harianmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *