Rentetan isu membabitkan KakLong sejak kebelakangan ini, pengasas produk komestik dalam kenyataannya memaklumkan bahawa telah menarik semula tajaan produknya ke atas wanita berkenaan.
Pengasas produk tarik ‘sponsor’ Tegasnya, gurauan mempersendakan golongan Orang Kelainan Upaya (0KU) sangatlah sensltif menyebabkan dia dan tim tldak boleh terima akan perkara itu.
Pun begitu, pengasas terbabit yang mesra disapa Aten, akui bahawa sebelum ini dia telah menaja produk keluarannya untuk Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura bagi merawat kulit wajahnya.
Persenda OKU sangat sensltif
Menurutnya, pengenalan dengan Kak Long bermula selepas video wanita itu tular mengamuk di 7E.
Walaubagaimanapun, dia memasang hasrat untuk bantu merawat kulit Kak Long selepas wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung insiden amukan itu.
Namun, video terbaharunya yang mempersenda golongan OKU paling memberi kesan kepadanya sekaligus memutuskan dia berbuat demikian.
“Bila tular pasal video OKU, aten stopkan sponsor Bagi Aten isu OKU agak sensitif bagi kami dan team.” “Aten tk salahkan mana-mana pihak. Maybe apa yang terjadi ada hikmah…”
KUALA LUMPUR – Wanita dikenali sebagai ‘Kak Long’ yang mempersendakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi video tular di media sosial perlu membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada beliau dan orang lain.
Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, berlakon seperti OKU bukan modal untuk membuat kandungan dan menjadi terkenal di media sosial.
“Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari (nanti) semua akan menjadi OKU.
“Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebelakangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU kerap berlaku.
Penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang rapuh dan lemah menyebabkan ramai di luar sana terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU,” katanya.
Ras Adiba berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu menyegerakan pindaan akta itu dengan menitikberatkan aspek perlindungan dan keselamatan golongan itu melalui penguatkuasaan undang-undang.
Beliau yang juga Presiden OKU Sentral turut menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang-undang.
Ini kerana, beliau berkata, perbuatan memalukan fizikal seseorang secara lisan mahupun di alam maya diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.
Kita perlu pastikan bahawa (OKU) bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan kami tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, kami mempunyai kehendak dan maruah jadi ini mesti dihentikan,” katanya. – Bernama
Berang dan kecewa melihat tindakan Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E yang seperti mempersendakan Orang Kurang Upaya (OKU), Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya
Anggota Terengganu (POKUAT) membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.
POKUAT buat laporan polis
Menurut Presiden Persatuan, Fakhruddin Zakaria, pihak POKUAT membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terenggganu semalam selepas dia menerima beberapa video yang memperlihatkan Kak Long membuat aksi pergerakan badan dan mimik muka seperti OKU.
Ujarnya lagi, laporan polis telah dibuat dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada wanita berkenaan kerana ia agak keterlaluan serta mengguriskan hati mereka.
Tindakan wanita terbabit yang tidak sensitif terhadap perasaan OKU mengakibatkan timbulnya rasa marah apabila kami dihina oleh seseorang yang semata-mata ingin meningkatkan popularitinya di media sosial.
Kami menggesa kerajaan supaya segera menggubal atau mewujudkan akta yang membolehkan mana-mana individu atau pihak yang menghina golongan OKU dalam apa bentuk sekalipun dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam pada itu, pihaknya berharap agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat akaun media sosial wanita tersebut.
Bila salah minta maaf’
Tambahnya lagi, tindakan Kak Long yang akan meminta maaf selepas membuat video terbabit sehingga membangkitkan amarah netizen adalah tidak wajar sama sekali.
Bila salah minta maaf dan kemudian ulangi lagi dan perbuatan seperti ini amat tidak bersesuaian melainkan wanita terbabit dikenakan tindakan undang-undang.
Terdahulu, video Kak Long melakonkan gaya tempang dan herot membuatkan netizen marah dan kejadian berkenaan dipercayai berlaku selepas dia dijemput menghadiri Program Trending di Stesen TV Al Hijrah.
Sumber : Redaksl / IayanduIu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.