“Saya tak boleh nafas rasa nak matl” Dazrin selamat jalani pembedhan hidung

BERDEPAN kesukaran untuk bernafas akibat masalah sinus, pelakon Dazrin Kamarudin terpaksa menjalani pembedahan di bahagian hidung pada Isnin.

Kata Dazrin, 35, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan apabila dia tidak dapat bernafas seecara normal ketika sedang tidur.

Panik dengan situasi berkenaan, Dazrin berkata dia dan isterinya iaitu Nur Fazulin Razali segera menghubungi doktor pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dazrin 1

Dazrin sukar untuk bernafas akibat masalah sinus.

“Minggu lepas pada jam 2.30 pagi, saya tidak boleh bernafas. Rasa nak mati. Masa itu saya berasa sangat panik sebab tekak saya dah kena sekat dan sudah tidak boleh bernafas.

“Saya kejut isteri saya, siap bagi kata laluan untuk semua akaun bank saya sebab saya takut sangat apa-apa buruk yang terjadi kepada saya.

“Macam-macam lagi saya pesan kepada isteri. Ia seperti sampai tahap nak tinggalkan wasiat kepada dia (isteri) sebab rasa sangat takut,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Dazrin, pada awalnya dia enggan melakukan pembedahan kerana berpendapat penyakit itu mampu diredakan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Bagaimanapun setelah mendapatkan nasihat doktor dan keluarga, dia akhirnya akur melakukan pembedahan tersebut di salah sebuah hospital swasta.

“Bila jumpa doktor, dia kata hidung saya dah bengkak sebab itu susah untuk bernafas. Doktor kata kalau tidak dirawat ia boleh menjadi semakin teruk,” ujarnya.

Dazrin 2

Pada awalnya, Dazrin enggan untuk melakukan pembedahan.

Sebelum itu, Dazrin membuat satu hantaran di Instagram memaklumkan dia selesai menjalani pembedahan pada bahagian hidung.

Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya.

“Untuk perkembangan semua, pembedahan yang dilakukan berjalan dengan baik. Alhamdulillah,,” ujarnya.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *