Biarpun kelihatan tenang bertemu dengan pihak media, juara Raja Lawak musim kelima itu akui berasa sedih kerana perjuangannya untuk mempertahankan keluarga tidak berhasil.
Rasa sedih itu pasti ada sebab kalau nak bawa Abam dan mak ke sini mereka sudah tiada. Jadi orang hanya tertumpa kepada saya seorang yang masih ada. Kalau arwah mak dan Abam ada lagi, perkara seperti ini tidak akan terjadi.
Cuma saya nak betulkan beberapa fakta yang mana masyarakat atau netizen yang menghentam dan mengatakan saya yang menyaman Nor Hidayah adalah tidak betul.
Sebenarnya yang memulakan saman bukan saya. Kalau diikutkan dari awal, saman ini bermula 15 hari selepas arwah Abam meninggal dunia dan saya dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 masa itu.
Jadi saya perlu berdepan dengan kes itu kerana sudah menerima notis untuk ke mahkamah. Dalam keadaan arwah yang baru meninggal dunia saya terpaksa cari peguam dan saya rasa perlu balas sebab masyarakat rata-rata ingat saya yang menyaman terlebih dahulu,
Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.
Selepas prosiding selesai, Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.
Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Sumber :r-pg
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.