YAKIN persembahan yang dilakukan pada minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tidak mempunyai sebarang kesalahan, penyanyi Datuk Aishah mengakui berasa kecewa apabila diumumkan sebagai peserta tercorot sehingga tersingkir daripada program berkenaan.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, juga tidak mengetahui punca persembahannya bersama Vince dengan lagu Terlanjur Cinta dinilai begitu teruk sehingga memperoleh hanya 43.75 peratus secara keseluruhan daripada juri.
“Saya rasa (persembahan) okay sahaja. Saya rasa saya tidak buat sebarang kesalahan.
Aishah selepas diumumkan tersingkit daripada ASGV.
“Saya secara jujur tidak tahu… kenapa saya dinilai dengan teruk iaitu hanya 43.75 peratus sahaja. Itu gagal tau,” katanya kepada mStar.
Aishah mengulas mengenai penyingkirannya itu selepas konsert minggu keempat ASGV yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.
Ditanya adakah persembahannya layak mendapat markah lebih tinggi dan dia sepatutnya mara ke minggu seterusnya, Aishah enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Nanti orang kata aku bitter.
“Saya rasa saya buat okay. Saya tidak buat sebarang masalah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aishah tidak menafikan tindakannya terlalu lantang bersuara mungkin menjadi sebab dia tersingkir awal.
Namun, dia tetap dengan pendirian untuk bersuara sekiranya sesuatu perkara bercanggah dan harus ditegur.
Saya secara jujur tidak tahu… kenapa saya dinilai dengan teruk.
DATUK AISHAH
PENYANYI
“Saya tidak pasti. Saya selalu lantang. Saya pada usia begini malas nak bising-bising, tapi kalau ada benda yang menurut saya tidak kena, ia tak boleh diteruskan. Jadi saya akan cakap sesuatu.
“Walaupun satu auditorium melawan saya, saya tidak takut untuk mengata tidak kepada perkara yang tidak betul,” ujarnya.
Juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS mengakui persembahan Datuk Aishah bersama rakan duetnya, Vince kurang memuaskan.
Menurut Ramli, pasangan duet berkenaan perlu mempersembahkan persembahan yang baik bagi mendapatkan markah yang baik.
“Dekat GV, kamu perlu execute frekuensi yang agak nyaman dan kamu akan dapat rewards, sesiapa sahaja yang bertanding. Jadi
pasangannya pun agak gagal, dengan Datuk Aishah sendiri.
“Sebab itu kesemua juri… memang saya pun bagi marah rendah, begitu juri lain pun bagi markah rendah,” katanya.
Sementara itu, maestro muzik itu turut menjelaskan mengenai soal pemilihan rakan duet dan lagu persembahan setiap peserta.
“Pemilihan lagu dan partner datang daripada artis itu sendiri.
Sekiranya tak available barulah kita akan berikan pilihan lain tiga atau
empat lagi, kamu pilih mana satu yang dimahukan.
“Tentang partner duet adik-beradik, artis senior bagi saya tiada isu. Contoh kalau dapat Datuk M.Nasir sekalipun, saya potong 5 markah, melainkan kalau M.Nasir nyanyi lagu Jamal Abdillah, saya tak potong.
“Dia (Aishah) nak Hafiz Suip, tapi tak available. Jadi dia pilih Vince
selepas kita mainkan videonya,” katanya.
Terdahulu, Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta bersama juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince gagal menambat hati juri sekali gus menjadi bintang juara ketiga tersingir dari pentas All Stars Gegar Vaganza dengan markah sebanyak 43.75%
Sumbet : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.