Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil bersuara mempertahankan anaknya, Marissa Dania Hakim, 18, yang didakwa seorang wanita menjadi penyebab kehancuran rumah tangganya.
Abby yang diserang netizen di Instagram berhubung situasi itu berkata, dia akan menjawab isu yang berlaku namun mahu membiarkan orang ramai meninggalkan komen terlebih dulu.
“Mengenai isu yang viral ini. Tidak mengapa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya.
“Nanti saya jawab. Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menuding jari pada orang ini,” tulisnya.
Ini jawapan Marissa Dania
Your perception may not be my reality.
First of all, everything that happened is totally my responsibility. My parents have given their best. Educated me well, reprimanded me, prevented me from all of this and everything that happened was my own choice. Let me clean up my own mess and not my parents.
Second of all, I may not say anything on my behalf. Clarifications? Yes but between the people who are involved, especially my family. I don’t need to explain/approval from the net. Netizens will only make it worse as what you see has happened. I could never shut people’s mouth. Jadi jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina org lain.
I admit I was wrong. Apa yang diviral dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar but I’m not here to defend myself to say that I’m innocent in certain parts. It’s totally unfair to hear from one side because the story being told is not 100% accurate, but I don’t need to convince everyone to satisfy everyone.
Antara saya dan pihak yang mengviralkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan penceraian berlaku.
Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ni sehingga ianya berakhir.
Saya bersalah and I admit it, and the purpose of this posting is to let you know that I will not release any statement to defend myself or satisfy any party.
Let me tell you something, saya dan Aslam tiada celebrate apa apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter. Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami celebrate? Salah satu perkara tidak benar yang diviralkan.
Everyone will have different opinions on certain things, tetapi jangan lupa bahawa semua orang ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak saya
Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Abby berkongsi wajah dia bersama Marissa yang sedang tersenyum.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan anak perempuan kepada Abby dan bekas suaminya yang juga pelakon popular, Norman Hakim itu.
Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.
Dalam masa sama, wanita itu turut memaklumkan sudah meminta izin kepada Abby dan Norman untuk menularkan kisah kecurangan itu di media sosial dan laporan polis juga sudah dibuat.
“Keluarga pihak sana memang tahu. Ya isu nak viralkan ni memang tiada ‘solusi’ nak hentikan anak mereka sendiri. Dari mereka juga keizinan viral kisah ini,” tulisnya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Instagram Norman dan Abby mendapati mereka diserang netizen sejak kisah pendedahan itu dikongsikan malam tadi.
Cubaan Harian Metro menghubungi Norman bagi mendapatkan kenyataannya mengenai perkara ini tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.
Sumber : r8v
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.