“Saya masih hidup” Shah lskandar terkejvt, tak faham kenapa mereka sanggup buat begini

PENYEBARAN video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meninggal dunia mengejutkan aktor tersebut.

Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.

“Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan.

“Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

“Saya pun tak pasti cerita sebenar… apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi,” katanya kepada mStar.

shah 2

Sebelum itu menerusi Instagram, Shah menafikan dakwaan kononnya dia sudah meninggal dunia seperti dalam rakaman video tular di TikTok.

“Kepada yang cuba buat video viral saya meninggal kerana kemalangan kereta atau motor, tak apa saya maafkan.

Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu
SHAH ISKANDAR
PELAKON

“Mungkin lain kali check dulu betul ke tak sebelum nak letak di TikTok ya sebab macam inilah reaksi saya masa tengok video tu… tergosok-gosok mata tau,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

shah 3

“Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja.

“Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu,” ujarnya.

Sebagai catatan Shah Iskandar mula berkecimpung dalam seni lakonan pada 2006 ketika menuntut dalam bidang perfileman di Politeknik Ngee Ann. Beliau menyertai pertandingan realiti Anugerah Skrin Singapura dan muncul pemenang tempat ketiga.

Yusof Haslam, salah seorang juri pertandingan itu menawarkan beliau berlakon selepas tamat pertandingan itu, namun beliau menolak kerana memberi tumpuan pada pelajaran. Selepas tamat belajar beliau terlebih dahulu menerima tawaran mengacara sebelum menjadi pelakon.

Hasil carian dalam internet mendapati, berita tentang ‘kematian’ Shah Iskandar sebenarnya melibatkan seorang pelajar berusia 17 tahun, Shah Iskandar Nor Haszemi yang memiliki nama sama seperti pelakon tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku pada November tahun lalu itu, Shah Iskandar maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 24, Jalan Seremban – Kuala Pilah berdekatan Jalan Kampung Gedang Terachi, Negeri Sembilan.

Akibat daripada kemalangan tersebut, Shah Iskandar yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber : M star / kosm0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *