Penyanyi Shila Amzah baru-baru ini menafikan dakwaan adik lelakinya, Syafiq yang menuduhnya sengaja memutuskan bekalan elektrik kediaman mereka di Hulu Langat.
Kata Shila, meskipun dia kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik termasuklah dengan wanita bernama Eiza yang turut menumpang di banglo tersebut, dia masih mempunyai hati perut dan tidak tergamak untuk memutuskan bekalan elektrik.
Saya bukan kaya pun, bukan owner TNB, saya juga bukan seorang yang tak berhati perut.
Terdahulu, Shila dan adik, Syahir tampil memberikan respon mengenai dakwaan Syafiq yang didakwa menjaja kisah keluarga untuk tujuan meminjam wang.
Kata Syahir, Syafiq sudah berada di tahap usia mampu menguruskan kewangan dan perlu membuat sebarang keputusan sendiri.
Dia lelaki dan berada di peringkat umur yang dia boleh buat keputusan sendiri jadi itu adalah haknya. Apa pun kesan adalah kepada dirinya sendiri.
Syafiq sebelum ini tampil membuat kenyataan di mana dia menggesa kakaknya itu untuk memohon maaf kepada ibu mereka, Fauziah Sarman selain menafikan bahawa dia pernah menampar Shila Amzah di muka sebelum ini.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.