“Saya akan terus jadi Kepom” bila saya jadi Elly suasana tiba tiba menjadi suram

Pengacara Elly Mazlein mengakui yang kehadiran ‘Elly M’ pada konsert kedua rancangan All Stars Gegar Vaganza, semalam adalah untuk memuaskan hati semua pihak.

Ramai mahu Kak Lina

Menurut Elly ketika ditemui di sidang media konsert minggu kedua All Stars Gegar Vaganza di MBSA, Shah Alam, ramai dalam kalangan penonton mahu melihat dirinya sebagai Kak Lina Pom Pom berbanding menjadi ‘Elly M’.

Semalam saya cuba puaskan hati semua orang. Oleh sebab itu, saya buat dua versi yang berbeza. Akhirnya, mereka nampak bila saya jadi Elly M suasana tiba-tiba menjadi suram. Sebagai pengacara, kita perlu bertenaga. InsyaAllah, saya ambil maklum semua kritikan dan akan perbaiki mana yang kurang.

Saya tidak pernah melanggar batas setakat ini. Saya tidak pernah pegang mana-mana lelaki. Apa yang berlaku di atas pentas itu sekadar watak sahaja. Jangan serius sangat.

Tambah Elly, dia membaca semua kritikan netizen terhadap dirinya.

Saya baca kritikan netizen agar boleh tingkatkan apa yang perlu. Saya hormat pendapat semua orang. Saya akan terus jadi Kepom. Minta maaf tak boleh jadi Elly sebab ramai orang tak mahu.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *