Hiburan

“Sambut birthday you dekat rumah baru you” Sayu Rakaman anak-anak tabur bunga, siram air atas pusara Siti Sarah

ULANG TAHUN Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang ke-37 pada Rabu disambut dengan perasaan pilu dan sebak oleh suaminya Shuib Sepahtu dan anak-anak.

Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menziarah kubur digunakan Shuib untuk membawa tiga anaknya ke pusara ibu mereka buat kali pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tiga anak Shuib ‘melekat’ keliling katil adik Ayash Affan… Uwais paling teruja – “Mereka happy sangat dapat tengok depan mata”

Menerusi video berdurasi satu minit 18 saat yang dikongsi memperlihatkan suasana sayu dan kelihatan wajah sedih Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin membacakan doa buat arwah ibu mereka.

“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-37 Sayang,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hari ini I dengan anak-anak sambut birthday you dekat rumah baru you.

“InsyaAllah, walaupun berbeza keadaan, I tahu you ade je dengan kita, rasa cinta yang tetap sama, InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan segala kebaikan buat arwah Siti Sarah dan juga buat Shuib bersama anak-anaknya.

InsyaAllah, walaupun berbeza keadaan, I tahu you ade je dengan kita, rasa cinta yang tetap sama, InsyaAllah

SHUIB

PELAWAK

Pada Selasa, Shuib berkongsi berita gembira menerusi Instagramnya apabila anak keempatnya, Ayash Affan yang berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dibenarkan pulang ke rumah.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Shuib membawa anak keempatnya Ayash pulang ke rumah pada Selasa.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata..” Shuib kongsi reaksi Uwais, Matin & Talita

Menerusi entri terbaru dalam halaman Instagram Sitisarahraissuddin, entri terbaru yang dikongsi oleh IG tersebut dengan kapsyen yang menyentuh perasaan masyarakat.

Kapysen penuh:

“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari2 tanya pasal Ayash. Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash. Terima kasih kepada smua yg mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah. Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah..”

Kita sebagai manusia, hanya mampu merancang. Oleh itu, sentiasa muhasabah diri dan buat baik sentiasa. Dalam memerangi wabak yang melanda negara, min harapkan semua dapat jaga SOP yang ditetapkan.

Lihat reaksi Uwais, Matin & Talita:

Shuib sendiri ada meninggalkan komen dalam IG isteri tercinta nya dengan menulis ‘Ibu’.

“Semoga kuat baby ayash in sha Allah.. ramai mendoakan kamu nak..”

“Syukur ya ALLAH, esok birthday ibu (15/9) ALLAH hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, Insya-ALLAH kejap lagi dah boleh balik dah.

“Allahuakbar, tangan, jari sebijik tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : IG Shuibsepahtu / rotikaya.rimbabara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *