Hiburan

Sambil Tebar Roti Selamber Je Dia “TARIK,” Suara Renggo Arr0w Tarik Perhatian Ramai

Pasti seronok apabila pemilik kedai makan bukan sahaja dapat masak tetapi pada masa yang sama menghiburkan pelanggan yang bertandang di kedai.

Itulah yang berlaku di kedai makan yang terletak di Kelantan ini. Ia v!ral di di media sosial gara-gara ramai yang terpesona dengan suara abang penebar roti.

Namun, pemilik suara itu sebenarnya adalah Renggo Arrow sendiri, penyanyi asal lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah. Renggo sendiri sudah bertahun-tahun mencari rezeki sebagai penebar roti di kedai makan miliknya.

Ia sudah menjadi rutin harian buat Renggo yang berniaga kedai makan sejak 10 tahun yang lalu sebagai sumber rezeki. Berdasarkan temu bual bersama Utusan Digital Disember lalu, sebelum ini beliau membuka kedai makan di Kajang tetapi disebabkan C0VID-19, perniagaannya mer0sot dan rakannya di Kelantan mengajak beliau berniaga di sana.

“Saya ke Kelantan kerana rakan karib minta saya berniaga di sini. Lagi pun kos hidup di Kelantan lebih murah berban­ding di ibu kota. Alhamdulillah, jualan roti canai saya di sini laris sehingga lebih 200 keping sehari, itu pun belum memenuhi permintaan pelanggan,” ulas Renggo.

Sebenarnya ini bukan pertama kali video Renggo menyanyi di kedai makan dik0ngsi di media sosial cuma kali ini, ia lebih v!ral berbanding sebelum ini. Ramai yang berada di ibu kota terdetik untuk menyok0ng perniagaan Renggo cuma disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin terpaksa menunggu sebelum dapat meneruskan niat tersebut.

Sebelum ini, Renggo pernah muncul dalam pertandingan Kilauan Emas menggunakan nama Zain. Mungkin jika ada rezeki, beliau akan muncul pula dalam program TV di masa akan datang? Apa pun, suara penyanyi otai ibarat ‘telan kaset’; kekal sama hingga bila-bila. – Sumber & video dipetik dari The v0cket, Youtube Nick Yie Channel

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : TheMedla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *