“Sama-Sama Makan Bangkai, Saling Membenci!” Tash Yong Akhirnya Selar Bekas Bekas Isteri Boss Kay?

Sedia maklum, nama guru TikTok iaitu Boss Kay sering kali terpalit dengan kontroversi ‘panas’ sejak kebelakangan ini susulan didakwa lepas tangan soal anak-anaknya setelah berkahwin dengan wanita lain untuk kali ketiga, Tash Yong.

Biarpun selama ini hanya mendiamkan diri sewaktu suami dihentam teruk oleh bekas-bekas isteri serta netizen, akhirnya Tash Yong tampil membuka mulut mengenai isu penjagaan anak-anak suami.

Melalui status di Instagram Stories, selebriti tersebut meluahkan rasa kesal terhadap bekas-bekas isteri Boss Kay yang tidak henti memfitnahnya.

status tash yong

Dalam pada itu, Tash Yong turut sempat berkata jika pihak sana mahu dirinya mengambil tindakan undang-undang kerana tidak henti membuka aib serta memfitnah tanpa bukti.

Bahkan, menasihati bahawa hal keluarga tidak sepatutnya ditayangkan di laman media sosial.

Janganlah uji kesabaran aku bertubi-tubi. Jadilah manusia bijak yang tak gunakan isu peribadi untuk nak puaskan ego sendiri. – Instagram Story Tash Yong

Pelakon terbabit juga tidak lupa menegur netizen agar tidak masuk campur hal orang lain dan jangan sesuka hati tuduh mana-mana pihak jika tidak tahu kebenaran sebenar.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *