Siapa yang tidak kenal dengan bekas model dan selebriti cantik bernama Erra Fazira. Walaupun kini berusia 48 tahun, bekas ‘Ratu Cantik Malaysia 1992’ ini masih lagi cantik dan awet muda. Sukar untuk mempercayai bahawa Erra Fazira sudah 48 tahun.
Baru-baru ini, seorang MUA yang dikenali sebagai Mek Dinda menjadi v1ral di laman Tiktok kerana ramai yang mengatakan dia mempunyai wajah seriras dengan Erra Fazira.
Jika dilihat secara kasar, bahagian mata dan kening Mek Dinda adalah yang paling sama dengan Erra Fazira.
Mek Dinda mengatakan bahawa semua itu hanyalah kebetulan kerana style makeup yang dibuat olehnya, namun dia mengakui bahawa dia merasa teruja selepas Erra Fazira memberikan reaksi terhadap videonya.
VIDEO
Melalui video yang dikongsikan oleh Isskop di Tiktok, kelihatan Erra Fazira meletakkan video Mek Dinda di sebelah mukanya dan ternyata kelihatan kedua-dua mereka umpama adik beradik. Erra juga tampak tersenyum sambil mengatakan “eh sama ke?”
VIDEO :
Menerusi ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa wajah mereka berdua mempunyai persamaan walaupun tidaklah seratus-peratus. Terdapat juga komen yang mengatakan suara Mek Dinda seakan mirip dengan Azza Elite.
Komen netizen:
Sumber : bartasangbad
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.