Hiburan

“Saat Dia Dihi.na..” Tersentuh kata kata Jasmin Hamid buat BeIIa AstiIIah, Gugvr air mata seorang lstri

Berita kemenangan Aliff Aziz sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) malam tadi masih hangat diperkatakan, apatah lagi ini merupakan perjalanan baru buat Aliff untuk kembali aktif dalam arena seni tempatan.

Kapsyen Istimewa Buat Bella

Melihat kemeriahan malam tadi, video wajah Bella Astillah yang sebak dengan kemenangan suaminya itu mencvri tumpuan orang ramai termasuklah pelakon veteran tanah air, Jasmin Hamid.

Jasmin Hamid memuat naik video momen Bella Astillah menangis terharu tatkala mendengar suaminya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8, bersama kapsyen istimewa untuk Bella di Instagram nya.

“DOA isteri adalah MUSTAJAB..

TANGISAN GEMBIRA seorang isteri yang sentiasa menjadi pendorong pada seorang suami untuk terus maju dan berdiri tegak..

Walaupun satu ketika, ramai yang pandang hina pada suaminya kerana kekhilafan suaminya, namun beliau tidak pernah patah semangat dan sabar..

Tetap berikan peluang pada si suami untuk perbaiki diri dan perkahwinan mereka.. Ini lah ganjaran dari Allah di atas kesabaran, pengorbanan dan kesetiaannya terhadap suami tercinta..

REZEKI, JODOH dan AJ4L M4UT adalah RAHSIA ALLAH.. Syukuri nikmatNYA.. ALHAMDULILLAH. Tahniah iamaliffaziz dan bellaastillah

ALLAH MAHA BAIK.. Hebat bukan?” Tulisnya

Netizen Sokong Kata-Kata Jasmin Hamid

Melihat muat naik pelakon veteran tersebut di Instagram menarik perhatian ramai, dan rata-ratanya memberi komen setuju dan menyokong apa yang dikatakan oleh Jasmin Hamid istimewa buat Bella di media sosial.

Mana tidaknya wanita berhati cekal ini lah yang banyak berkorban dan sanggup memberi peluang kedua buat Aliff untuk berubah menjadi insan yang berjaya pada hari ini.

“Alhamdulillah.. Tahniah doa dan berkat kesabaran seorang isteri”

“Syukur alhamdulillah saya pun suka Aliff menang, berkat kesabaran Bella. Aliff pun banyak berubah, tengok dia sujud syukur tu buat saya sebak je”

“Ya… Setiap orang berhak dapat peluang ke 2.. Dia memang wanita yang kuat…”

“Kata-kata yang bagus! Syukur Alhamdulillah, tahniah iamaliffaziz” komen mereka

Kejayaan Aliff Aziz dinobat sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 membuatkan orang ramai tidak sabar menanti buah tangan anak jati Singapura ini akan datang.

Selepas Ramai Pertikai Kemenangan Aliff Aziz, Ketua Juri Datuk Ramli MS Beritahu Macam Mana Aliff Boleh Juara

Datuk Ramli MS selaku juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berpendapat persembahan meyakinkan menerusi segmen solo dan duet menjadi kelebihan buat Aliff Aziz sehingga diumumkan sebagai juara GV musim terbaru.

Bagaimanapun menurut Ramli, persembahan ‘battle’ di antara pemenang tempat kedua dan ketiga (Nikki Pakikat dan Suki Low) lebih menyerlah, berbanding gandingan Aliff dan Aweera.

“Dia menang dekat segmen solo dan duet, meski pada pusingan ‘battle’ dia tak boleh lawan gandingan Nikki dan Suki. Mereka punya ‘battle’ sangat bagus, tapi mereka kalah pada Aliff untuk solo dan juga duet,” katanya.

Berkongsi lanjut, maestro muzik itu mengakui memberikan markah tinggi menerusi persembahan harmoni yang dibawa Nikki dan Suki.

“Memang saya sangat suka mereka punya ‘battle’ tadi. Tak nampak macam ‘battle’, ia kolaborasi seperti grup. Akan tetapi mereka masih ‘fight’ sesama mereka. ‘Silaturahim’ itu dalam good tv dari sudut positif… ada.

“Memang saya beri markah yang sangat tinggi. Cuma bukan kepada sesi solo dan duet. Bagi saya, Aliff persembahkan lebih baik,”katanya.

“Aweera salah pilih lagu, sebab tu lagu perempuan. Kalau dia duet dengan laki², okay. Jiwa rock nak masuk dalam lagu ballad, salah rumahlah bagi saya. Beggin tu so so je. Part rap tu, other people lagi better dari dia”

Sumber : Mvrai / payungvide0viraI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *