PELAKON Abby Abadi kuat menghadapi tohmahan dilontarkan kepada dirinya dan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, ujian yang diberikan itu menandakan Allah SWT peduli terhadap dirinya dan keluarga.
“Takde rapuh-rapuhlah. Saya okey sahaja. Selagi hidup, selagi itulah kita diuji. Ujian tanda Allah peduli.
“Terus jaga diri, jaga solat. Jaga hak Allah sebaiknya okey,” katanya.
Abby meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite itu turut melahirkan penghargaan buat suami, Muhammad Faizal Zakaria yang sentiasa berada di sisi ketika dia dan keluarga ditimpa ujian.
“Terima kasih sang suami setia disisiku disaat hatiku sedang rapuh,” ujarnya.
“Banyak sangat akaun Tiktok yang direka atas nama saya dan anak-anak. Lepastu sedap orang maki hamun. Sudah tiada kerja agaknya orang Malaysia ini.
“Yang komen-komen tu tengok-tengok dulu lah ye kalau nak komen. Sebab akaun tu bukan akaun kami.. Jangan main serbu je maki hamun orang,” katanya.
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.