Connect with us

Semasa

Rupa rupanya boleh kesan siapa yang dijangkiti Covid 19 melalui telefon bimbit. Tak sangka macam ni caranya

Published

on

WABAAK C0vid-19 tidak lama lagi boleh dikesan menerusi batuk atau bersin pada telefon pintar.

Satu sensor yang disambungkan pada peranti itu berupaya untuk memaklumkan seseorang dijangkiti vlrus itu dalam tempoh hanya 60 saat.

Gajet tersebut pada awalnya dibangunkan untuk memerangi vlrus Zika yang disebabkan oleh nyamuk,

sehingga mencetuskan kecemasan kesihatan global pada 2016 dan ia dikaitkan dengan kecacatan semasa kelahiran.

Ketua projek, Prof Massood Tabib-Azar, yang juga jurutera di Universiti Utah di Amerika Syarikat (AS) berkata: “Idea utama adalah untuk membolehkan orang mempunyai kelengkapan peribadi mereka sendiri untuk mengesan Zika di tempat-tempat yang mereka kunjungi.

“Sebaliknya, rancangan tersebut adalah memprogramnya untuk mengesan C0vid-19,” katanya. Jika seseorang bernafas, batuk, bersin atau menghembus pada sensor tersebut, ia akan dapat mengetahui samaa ada mereka menghidap C0vid-19,” tambahnya.

Diharapkan aplikasi tersebut boleh didapati dalam tempoh kurang tiga bulan. Satu prototaip yang bersaiz kira-kira sekeping duit syiling, akan berkomunikasi dengan telefon pintar melalui teknologi tanpa wayar Bluetooth.

Pengguna yang memasang sensor ke port pengecasan telefon mereka dan perlu melancarkan aplikasinya, sebelum meletakkan sebilangan rembesan air liur ke atasnya. Kemudian, pengguna perlu menunggu ia berubah warna sekiranya seseorang itu mempunyai virus tersebut.

Beliau turut berharap keputusan tersebut dapat dihantar kepada agensi kesihatan menerusi satu butang. Aplikasi berkenaan dijangka untuk percubaan pada Julai depan, dan ia boleh didapati untuk pembelian pada Ogos sekiranya semua berjalan lancar.

Sumber : M star

Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Individu Yang Degil Mahu Rentas Negeri Balik Ke Kampung. Tak Sangka Ini Yang Akan Dilaksanakan Jika Masih Ada Yang Degil.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan kebimbangan dan kekhuatiran tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan bimbang dan khuatir tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak P0lis Diraja Malaysia pada 15 Mei 2020 telah mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020 iaitu sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan telah diarah untuk berpatah balik,” katanya.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

DS Ismail Sabri Bongkarkan PKPB Akan Diketatkan Bukan Dilonggarkan. Tak Sangka Ini Rupa Rupanya Punca PKPB Akan Diperketatkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tinjauan yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara mendapati bahawa ramai rakyat Malaysia yang mahu PKPB diperketatkan dan bukan dilonggarkan.

Mengulas berkenaan ziarah hari raya yang membenarkan 20 orang maksimum dalam satu rumah pada satu masa, beliau menyatakan bahawa apabila kerajaan melonggarkan untuk membolehkan kunjungan pada hari raya dengan bersyarat, ramai yang tidak bersetuju dengan kelonggaran tersebut.

Tinjauan MKNJPM dapati rakyat mahu PKPB diketatkan, bukan dilonggarkan

“Saya banyak terima whatsapp bertanya kenapa kita longgarkan dan sebagainya. Walaupun satu hari tu dan 20 sahaja maksimum berdasarkan juga kepada keluasan rumah dan sebagainya.

Kalau rumah tu kecil tak boleh 20, sebab penjarakan sosial merupakan syarat yang utamanya. Itu pun bila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang menyatakan tak boleh. Kerajaan tidak boleh pun memberikan kelonggaran”, ujarnya.

Justeru daripada itu, beliau menyatakan bahawa disebabkan itulah kerajaan tidak membenarkan orang ramai pulang ke kampung.

“Tujuan kita sekat untuk mengelakkan merebaknya lebih banyak lagi c0vid-19 ini kepada keluarga kita yang berada di kanpung dan sebagainya”, katanya.

Sumber : Bernama

Semasa

Najib dah didapati bersalah, cari generasi baru pimpin Um no. KJ mula bersuara lagi

Published

on

By

Ahli Parlimen Rembah Khairy Jamaluddin mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa mesejnya tidak boleh dinafikan yang Umno perlu bergerak ke hadapan.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu dipetik Astro Awani berkata masih ada yang mahu bekas perdana menteri Najib Razak kembali menerajui parti sebagai presiden Umno, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah

“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden Umno.

“Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baru untuk memimpin Umno,” katanya.

Khairy berkata kenyataannya sebelum ini mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Jelasnya hari ini, beliau tidak berniat untuk “biadap terhadap Datuk Seri Najib” dengan kenyataannya sebelum ini bahawa “Umno perlu bergerak ke hadapan.”

“(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga 10 tahun akan datang. Itu maksud saya.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior, tiada siapa yang berani untuk tegur, atau perli beliau.

“Bukan hendak samakan saya dengan Tengku Razaleigh. Tetapi oleh kerana saya ialah KJ, nakal… semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang orang kuat Datuk Seri Najib, dan mereka telah tembak messenger (kill the messenger),” katanya lagi.

Khairy yang juga bekas ketua pemuda Umno berkata parti itu masih kukuh di bawah kepimpinan Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah.

“Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baru? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” katanya.

Ahmad Zahid, 67, sedang dibicarakan di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 27 pertuduhan pengubahan wang haram, 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi dan lapan pertuduhan rasuah.

Selasa lalu, bekas Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Secara keseluruhan, bekas presiden Umno itu dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun, namun hakim mengarahkan hukuman dijalankan serentak.

Sumber : kecohape

Continue Reading

Semasa

Apa Nk Jadi Dah, Tak Dpt Markah Lebih Pun Korang Buat Mcm Ni. Orstad Korang Tak Beritahu Ke. Siti Kasim

Published

on

By

Sejak beberapa hari lalu tular gambar pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak ketika pulang sempena Aidiladha.

Perkara tersebut menjadi perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang memuji, malah ada yang mempertikaikannya.

Sementara itu pemegang konsesi KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad pula menasihatklan agar pengguna tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan media  yang memaklumkan tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan tersebut.

” Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

” Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Mufti Pahang kata har4m..

Semalam Perkara tersebut telah menarik perhatian Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang memberikan pendapat beliau.

” Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah har4m walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”

” Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).

” Begitu juga dalam situasi ini, jika memb4hayakan nyawa hukumnya adalah h4ram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Respon Siti Kasim

Sementara itu, aktivis dan peguam Siti Kasim dalam satu posting di Facebook turut memberikan reaksi beliau.

Berkongsi keratan artikel Malaymail, Siti Kasim mempersoalkan tindakan tersebut yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

” Apa nak jadi dahhh..

” Tak dapat markah lebih kalau ko orang buat macam ni.. Memberhayakan diri sendiri dan orang lain. Jangan cakap pasal menyusahkan orang lain.. Orstad-orstad ko orang tak beritau ke bukan macam ni nak jadi orang Muslim yang baik…

” Just to add, if anyone gets upset with my posting, that’s your problem. You can go and kiII yourself for all I care but you’re endangering others too. When your actions affect others, we all have a say.” tulis Siti Kasim

Siti Kasim kemudian menambah dalam ruangan komen menceritakan pengalaman beliau menghadapi situasi serupa ketika berada di United Kingdom.

Menurutnya ketika itu kereta mereka mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemaasan.

” Dalam masa 5 minit, kereta polis datang dan menjerit ke arah kami “Jangan berada dekat dengan kereta!!”, terus kami bergegas pergi ke arah tebing macam kena kejar dengan hantu”, tulis Siti Kasim.

Sumber : astroawani / FB Siti Kasim

Continue Reading

Semasa

Kluster ini pada mulanya di temui di Johor, tapi sudah ada kes positif daripada kluster ini di Selangor

Published

on

By

Pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka mengesan satu kes lagi di bawah kluster Bukit Tiram.

Kluster ini pada mulanya di temui di Johor.

Hasil daripada saringan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka kini berjaya mengesan 1 kes pertama di luar Johor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr, Noor Hisham memaklumkan bahawa sehingga hari ini sebanyak 135 telah disaring.

Daripada 135 orang tersebut, KKM berjaya mendapati 10 kes dikesan positif cov-19.

Manakala 124 orang lagi negatif dengan 1 kes sedang menunggu keputusan dari pejabat kesihatan.

“Daripada sepuluh kes positif, 4 orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes positif yang dilaporkan ini (kes ke-8,977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 dari Johor.

“Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan Pusat Kesihatan Daerah.

Kes positif ke-8,893 didapati menginap di rumah kes ke-8,897 pada 16 Julai sehingga 19 Julai lalu di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, kes telah dikenal pasti dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah.

Untuk pengetahuan semua, ujian saringan cov-19 kali kedua telah dibuat apabila kes ke-8977 mengalami gejala batuk dan sakit tekak.

Dia telah didapati positif dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Berikut kami kongsikan gambar pecahan kontak rapat mengikut negeri.

“Aktiviti pengesanan akan dilaksanakan segera terhadap semua kontak rapat dan individu yang menghadiri pusat keagamaan yang dikenal pasti.

“Individu yang berisiko tinggi atau berkait rapat dengan kumpulan ini digalakkan untuk menjalankan saringan COVID-19 secara kendiri.

“Sekiranya mempunyai gejala, segera hubungi klinik kesihatan atau pejabat kesihatan daerah yang terdekat untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat dua (2) kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.

Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.

Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan.

Kemudiannya mereka telah membuat saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020.

Sehingga 25 Julai 2020, terdapat dua (2) kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini.

Semua 10 orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan.

Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan.

Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : transformasipw

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!