Ramai yang sebak tengok Farid Kamil sertai TabIigh

Pelakon Farid Kamil khabarnya sedang menyertai hijrah tabligh dan aktif menghadiri kelas agama seperti yang ditunjukkan aktor itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Farid dilihat berkongsi cara-cara memakai serban dengan betul sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji Farid yang berusaha untuk menjadi lebih baik apatah lagi dia kini sudah sah bercerai secara rasmi dengan Diana Danielle pada petang Khamis

Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan hampa semua bahagia dunia akhirat.

Kita boleh rancang, kita boleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa.

Kata netizen, penghijrahan Farid adalah jalan terbaik untuk dirinya selepas terlerai ikatan perkahwinan yang dibina selama 11 tahun.

Terdahulu, Farid dan Diana telah sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Zoom apabila aktor itu tidak dapat hadir ke mahkamah pada petang tadi.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,10 dan Aurora yang kini berusia 7 tahun.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *