RAKAMAN tular memaparkan seorang pensyarah yang mengherdik pelajar lelaki kerana tidak memiliki komputer ternyata mengundang kecaman ramai.
Malah, netizen turut menyuarakan saranan agar pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Dr Ts Roshana Takim atas tindakan yang dilakukannya itu.
Dalam perkembangan semasa, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia sesi 2021/2022, Rasydan Mohd Hassan turut menyelar tindakan pensyarah berkenaan.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah, Profesor Dr Ts Roshana Takim di dalam video tilar malam tadi merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.
“Sejarah UiTM ini juga dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi. Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis pagi.
Tambah Rasydan, dia mewakili keluarga MPP UiTM turut mendesak agar pengurusan tertinggi insitut pengajian itu mengambil tindakan segera ke atas ahli akademik berkenaan atas tindakan biadabnya.
“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini.
“Pensyarah tersebut perlulah memahami keadaan negara yang sedang berdepan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi tidak stabil.
“Manifestasi yang sering disuarakan oleh pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, video memaparkan pensyarah tersebut memarahi pelajarnya ketika sesi pembelajaran maya tular di Twitter sejak Selasa malam.
Selain meminta kakak pelajar tersebut menjual gelang emas untuk membeli komputer, kata-kata pensyarah tersebut yang seolah-olah menghina golongan B40 turut mengundang kemarahan netizen.
Berikut pula tulisan dari seorang netizan berkenaan dengan sikap segelintir dari B40
“Bukan aku nak bekap prof tu, aku pun B40 jugak, tapi aku tak faham kenapa kita nak kena emosi gila-gila bila Prof tu cakap dia tak boleh bergaul dengan golongan B40.
Kau sendiri tahu kot bukan semua B40 ni elok perangainya.
Dekat luar sana tu berapa ramai B40 tapi perangai mcm si4l? Duduk rumah flat tingkat atas tapi pergi bantai extend dapur, pasang pagar dekat koridor, cop parking pakai pasu bunga. Bila jiran yang lain sound, dia melenting rasa darjat dia lagi tinggi dari orang lain sebab dia ada Estima 2nd model berbanding orang lain yang paling mahal pun pakai Alza je duduk situ.
Tu tak cerita lagi lifestyle SESETENGAH anak B40 dekat tempat belajar. Kita yang dah kerja bertahun pun tak mampu lagi nak pakai Iphone harga 6-7 ribu, tapi dorang rileks je boleh beli. Rela berlapar asalkan boleh bergaya.
So bila ada orang kata dia tak boleh bercampur dengan golongan B40 sebab bla bla bla, kita nak sentap dan rasa terhina dah kenapa?.
Kalau kau tau diri kau macam mana, pergi lantak lah orang nak kata apa. Bukan dia cakap direct dia tak suka kau sebab kau miskin.
Ini lah masalah B40 sebenarnya. Suka buang masa fikir benda yang entah apa benda. Lepas tu emosi sendiri.”
Rata-rata netizan menyokong kenyataan ini
” Mujur aku B40 yang bermaruah. Arwah bapak” bawa teksi tapi masih mampu sara aku belajar sementara menunggu ptptn masuk.
Laptop arwah tok aku yang belanja guna duit simpanan tabung haji dia (excited cucu pertama masuk uni)Al fatihah untuk dua orang yang aku sayang.”tulis seorang netizan
Akhi Firdaus Juga Memberi Pandangan Tentang Isu Ini
Prof : Cakap dengan tunggul. Berapa jawapan dia? Negatif? (Rujuk nota di hujung posting pasal perlian)
Pelajar : 0.07. (bunyi bising)
Prof : Kau pakai apa? Kau pakai phone ek?
Pelajar : Ya prof.
Prof : Mana kau punya komputer?
Pelajar : Aaaa.. Saya tak ada komputer prof.
Prof : Engkau tinggal kat mana?
Pelajar : Seremban.
Prof : Kau tinggal kat Seremban. Bapak kau kerja apa?
Pelajar : Tak kerja prof.
Prof : Mak kau kerja apa?
Pelajar : Tak ada dah Prof.
Prof : Mak kau dah tak ada, bapak kau dah tak kerja.
Pelajar : Ya prof.
Prof : Kau tak ada adik beradik?
Pelajar : Ada prof.
Prof : Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual kat gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu, kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas beli komputer.
Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana kau tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell. Pasal tu kau akan menjadi drop out student.
Semester 5 kau tak ada komputer. Aku aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 je pakaian, the most important is the computer is very very important for me.
Hanya 800 sahaja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya! Dia lebih memikirkan pasal lain dari pembelajaran.
Ok kelas, kau tutup kamera kau tu. Aku taknak tengok lagi dah.
**********
? Sepatutnya..
Prof : Aku faham situasi yang kau alami. Tapi sekarang kau dah semester 5. Aku akan ajar kau Excell nanti. Kalau drop out semester ni susahlah.
Macam ni, mari aku bagi cadangan. Kau kata tadi ada adik beradik kan. Cuba tanya abang ke, kakak kau ke, boleh tak pinjam duit nak beli komputer. Komputer harga 800 dah boleh dapat dah. Nanti dah kerja, dah senang, ganti semula duit mereka.
Tapi kalau adik beradik kau tak mampu juga, mesej aku secara personal ok. Aku ikhtiarkan untuk bantu kau dapatkan laptop. Bukan untuk kau sahaja, tapi pelajar yang lain juga.
Aku taknak lagi wujud stigma dalam masyarakat judge sekian-sekian golongan sebagai malas belajar, atau asyik fikir masalah yang lain je. Tak kisahlah kau B40 ke apa, yang penting kau orang ada keinginan nak belajar dan majukan diri.
Nak berjaya ni bukan senang. Macam-macam kesusahan yang akan kau lalui. Tapi inshaallah berkat usaha dan doa, Allah akan mudahkan urusan kau orang. Bila berjaya nanti, dah ada PHD, jadi Prof ke apa, jangan jadi sombong dan menongkat langit. Kenang semula waktu kau susah dulu.
Aku ni dah tua. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa ni. Jadi, waktu hidup ni at least aku dapat bantu student aku sendiri. Moga jadi amal jariah di akhirat kelak.
***************
Nota kaki :
Petikan dari artikel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berkaitan sukhriyyah (sarcasm) :
“Kita hidup dalam budaya penuh kecelaan lisan. Dalam kebaikan pun, kita bersulam āfāt al-lisān (kecelaan lisan).
Hingga hendak mengajak kepada kebaikan pun kita menyindir.
Sarcasm.
Kita sudah tidak percaya kepada ajakan secara direct. Kita anggap direct itu tidak berkesan kepada ‘orang bawahan’, atau terlalu sukar lagi melukakan untuk ‘orang yang lebih atas’. Kita gerun dengan jari yang luka di tangan, tetapi kita tidak gerun dengan kanser yang membunuh dari dalam. Teguran direct mungkin agak melukakan seperti lukanya jari. Tetapi al-sukhriyyah (sindiran) membenihkan dendam yang membunuh dari dalam.
Menggunakan pendekatan menyindir tidak mendorong anak murid untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mereka bengang, panas telinga, berdendam, bukan sebab sindiran kita tidak cukup ‘power’ untuk ‘sentap’ dan ‘makan dalam’, tetapi sebab formula itu DILARANG TUHAN. Ia bukan bahasa yang Allah restu, tidak kiralah sedalam mana pun budaya itu sudah berakar umbi di dalam budaya kita.”
Sumber : trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.