Penyanyi dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli terkilan apabila ada yang menyebarkan ftnah mendkwa dia telah menggunakan minyak dagu terhadap Datuk Seri Vida (DSV).
Menurut Iqbal, biarpun agak marah, namun dia perlu sabar dengan dkwaan tersebut.
“Rasa nak marah tapi kena sabar.
Saya rasa lucu bila orang kata saya letak minyak perah daripada myt, minyak dagu dekat DSV.
Saya pernah dengar benda ni. Orang mungkin rasa bangga, tapi bangga dengan cara ftnah orang.
Keturunan kita tak ada buat benda tu, hidup tak berkat,” katanya.
Jelasnya, pun begitu dia tidak terasa hati dengan ftnah sedemikian, namun cara individu itu mendapat perhatian dengan agak salah.
“Mungkin dia rasa bangga dapat FYP (trending) semua, tapi bangga dengan cara fitnah oranglah.“Tapi tak apa saya tak kisah pun, teruskanlah saya tak simpan dalam hati pun.
“Tak perlu jumpa saya di padang mahsyar pun,” katanya. Sekadar info, Iqbal dan Vida sebelum ini perjah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila kedua-dua mereka dikatakan bakal berkahwin.
Pun begitu, hubungan cinta Iqbal dan Vida dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.
Video
Sempat Bertemu Dengan DSV Pada Final Big Stage, Rupanya Ini Yang Dia Cuba Cakap
Nampaknya kemeriahan di rancangan Big Stage 2022 tidak hanya dimeriahkan oleh peserta-peserta terlibat, tidak disangka-sangka juga beberapa momen lain turut mendapat perhatian oleh warganet.
Satu kejadian ini pula memaparkan gelagat Presiden Nt.1zn di Big Stage, Datuk Seri Vida atau DSV dan bekas peserta Big Stage, Iqbal dimana mereka juga ternyata hangat diperkatakan di aplikasi, TikTok.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan kedua-dua usahawan popular itu dilihat berborak sesama sendiri dan oleh kerana kontroversi yang terdahulu menyebabkan ramai meninggalkan pandangan masing-masing.
Tak kurang juga, ada yang merasakan gelagat Iqbal dan DSV di Big Stage tersebut kelihatan sweet dimana perkongsian itu ditinggalkan ribuan tanda suka.

Namun begitu, ternyata kejadian yang sempat dirakam tersebut turut mendapat perhatian daripada Iqbal di aplikasi, TikTok apabila dia dilihat menjelaskan situasi sebenar yang berlaku disaat itu.
Perkongsian oleh akaun bernama @dirafdias33 tersebut diruangan komen nampaknya ditinggalkan ratusan reaksi oleh warganet disamping gelagat mereka itu menarik tumpuan ramai di aplikasi TikTok dengan meraih ribuan tanda suka di hantaran tersebut.
Iqbal beri penjelasan di Instastory miliknya.
“Ini kenyataan daripada PA DSV. Tidak mengapalah, saya tebalkan muka untuk kejar beliau. Tidak mengapa kalau benar DSV lari daripada saya.
“Ini kenyataan daripada PA DSV. Tidak mengapalah, saya tebalkan muka untuk kejar beliau. Tidak mengapa kalau benar DSV lari daripada saya.
“Tidak sama sekali. Ada ketika saya cuma tidak mahu aktif di media sosial. Hakikatnya setiap hari saya terlibat dengan empat program TV.
“Drama pun saya dapat tiga tawaran lagi sekarang. Kita tak memikirkan tentang populariti lagi,” ujarnya.
Geram Muka Kena Pangkah Dalam MV… Iqbal Mula Ded4h Rahsia Cincin Permata RM100,000
KONFLIK membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli memasuki episod baharu apabila kali ini jejaka berusia 27 tahun itu mendakwa lagu dan video muzik (MV) Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya.
Tampil menjawab beberapa persoalan netizen itu, Iqbal mendedahkan Vida mengakui MV lagu berkenaan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu.
“Ramai yang tanya, adakah saya rasa lagu Ku Ikhlaskan nyanyian Datuk Seri Vida ditujukan untuk saya? Ya! Dari awal beliau beritahu begitu dan di saat pertama lagu itu, kalau perasan muka yang dipangkah dalam gambar atas meja itu adalah muka saya.
“Cerita di sebalik cincin ini sebenarnya begini… dulu DSV selalu mahu berikan saya hadiah. Seperti jam, beg, pakaian yang berharga ratusan ribu tetapi tidak pernah sekali saya terima kerana saya mahu jaga hati staf-staf lain yang sudah lama bekerja. Lagipun saya tidak mahu berhutang budi dan disalah anggap saya mahu harta orang.
“Saya tak pernah terima apa pun barangan dari DSV. Saya selalu bagi hadiah barangan berharga kepada beliau. Banyak orang tak tahu. Apa yang orang tahu cuma hadiah beg bernilai RM30,000 sahaja yang saya berikan,” katanya.
Iqbal tulis luahan di Insastory.
Iqbal mendedahkan mengenai perkara itu menerusi Instastory pada Selasa.
Dalam MV berkenaan, terdapat satu babak Vida merenung beberapa foto yang dipangkah termasuklah foto Iqbal.
Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya!
Selain itu, aksi Vida memulangkan cincin bertatahkan batu permata kepada pelakon MV berkenaan iaitu Qush turut mempunyai kaitan dengan penyanyi lagu Hujan itu.
Berkongsi mengenai cincin permata berkenaan, Iqbal berkata DSV mendesaknya menerima barang berharga itu kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
Babak yang dikatakan ditujukan kepada Iqbal dalam MV lagu Ku Ikhlaskan.
“Tiga tahun lalu, beliau mahu beri permata tersebut untuk banggakan kepada orang ramai bahawa ini pemberiannya supaya setiap kali saya bersiaran di TV orang boleh nampak, lagi pun itu ada nilai tinggi.
“Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya. Saya kecil hati kerana setiap apa yang beliau minta saya boleh tunaikan dalam sehari sahaja, tetapi beliau tidak pun serius untuk saya.
“Jam tiga pagi beliau datang rumah saya beliau kata… kalau awak tidak sanggup berkahwin dengan saya pun, terimalah permata ini untuk tebus kesilapan saya. Saya masih ingat ayat yang beliau sebut… sebagai orang yang pernah awak sayang dalam hidup awak.
“Permata tersebut memang mahal, anggaran harga RM100,000 ke atas. Beliau tak pernah tunjuk kepada orang lain selain saya dan anak-anak. tetapi bukan kerana mahalnya permata itu, saya mampu beli sendiri.” ujarnya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.