Semasa

Rakan Artis Ambil Kesempatan Dalam Isu Baim Wong? ViraI Semula Rakaman Lamanya

Sejak beberapa hari lalu, hangat orang ramai membicarakan satu rakaman yang memaparkan pelakon terkenal Indonesia iaitu Baim Wong bersama seorang lelaki tua. Dalam kejadian berkenaan, influencer tersebut dilihat memarahi pak cik tersebut kerana seperti meminta-minta di hadapan rumahnya.

Dalam pada itu, lelaki tua tersebut telah pun dijemput oleh salah seorang rakan artis iaitu Nikita Mirzani untuk menceritakan apa yang terjadi. Bukan itu sahaja, pengacara berkenaan juga sempat menghulurkan duit sumbangan berjumlah 10 juta rupiah sebagai tanda sokongan kepada pak cik tersebut.

Klik untuk videonya

https://www.tiktok.com/@felliyangsqz/video/7018156047709834523?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=7018156047709834523&refer=embed

Klik untuk videonya

Namun timbul pula persoalan mengatakan tindakan Nikita itu seperti hanya mengambil kesempatan atas kejadian viral berkenaan. Malah ada yang memuat naik semula satu rakaman memaparkan pelakon wanita tersebut menyelar sikap individu suka meminta-minta bantuan dan sebagainya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan meragui dengan niat sebenar serta keikhlasan Nikita untuk membantu warga emas berkenaan. Ramai juga yang dilihat menasihati untuk tidak masuk campur dan memperbesarkan lagi hal itu.

Rakan Artis Ambil Kesempatan Dalam Isu Baim Wong? Viral Semula Video Lamanya 2

Rakan Artis Ambil Kesempatan Dalam Isu Baim Wong? Viral Semula Video Lamanya 3

Rakan Artis Ambil Kesempatan Dalam Isu Baim Wong? Viral Semula Video Lamanya 4

Sumber : kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *