Isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat langsung tidak pernah berkongsi atau memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial.
Namun, selepas selesai kes perceraian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin dilihat memuat naik gambar suaminya buat pertama kali.
Menerusi hantaran di Instagram Story, anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu menayang gambar suaminya tanpa sebarang kapsyen.
Bukan itu sahaja, Ira turut meletakkan lagu Nasty nyanyian penyanyi antarabangsa, Chris Brown dan Tyga.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Pengarah berusia 39 tahun itu bersetuju untuk memberikan nafkah sebanyak RM6,000 sebulan untuk anak-anaknya.
Syamsul turut membayar nafkah edah sebanyak RM15,000 kepada Sarah untuk tiga bulan dan pembayaran dilakukan secara sekali gus.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.