Hiburan

Penyanyi Aizat Amdan akhirnya dedh siapa bakal istrinya, rupanya bukan calang orang sebenarnya

Penyanyi Aizat Amdan menafikan sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang anak tanpa pengetahuan masyarakat.

Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan bagaimanapun mengakui bayi tersebut mempunyai hubungan d.arah dengannnya.

“Astaghfirullah, nauzubillah min zalik. Allahuakbar. Sebenarnya, muka budak itu memang macam muka saya. Budak itu yang kalian lihat dalam Instagram adalah anak kakak saya,” kata Aizat, 33, ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya tentang status hubungannya dengan seorang wanita bernama Elyssa Alia yang memuat naik foto berkenaan, Aizat berkongsi berita gembira bahawa individu berkenaan merupakan teman wanitanya.

Akui pelantun lagu Hanya Engkau Yang Mampu itu lagi, dia sudahpun merisik Elyssa pada 12 Februari yang lalu.

“Insya-Allah, ada dalam perancangan untuk berkahwin. Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya. Sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” ujarnya.

Berkongsi tentang bibit-bibit perkenalan, Aizat memaklumkan, mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sekarang, Elyssa menguruskan kerjaya seninya termasuk berti.ndak sebagai pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertaiment.

“Elyssa seorang yang sangat istimewa, dia sangat penyayang. Dia sangat sukakan budak-budak. Itu ciri yang membuatkan saya jatuh hati dengannya.

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang, akan langsung tahun ini. Sekarang tak boleh c.onfirm apa-apa lagi dengan puasa dan tak lama lagi mungkin ada Pilihan Raya Umum. Apa-apa saya akan kongsi dengan semua, insya-Allah,” katanya.

Dia ajak saya solat bersama, terus jatuh hati

Kekasih yang juga dikhabarkan bakal isteri kepada penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia, 34, mende.dahkan hatinya mula terbuka untuk menerima kehadiran lelaki itu sebagai teman hidup setelah merasakan Aizat mampu menjadi imamnya.

Kata Elyssa, di matanya, Aizat dilihat sebagai seorang lelaki berpegangan agama yang cukup dan ia menguatkan lagi nalurinya bahawa dialah lelaki tepat yang mampu membimbingnya ke jalan yang baik.

“Terus-terang, apa yang membuatkan saya suka pada dia ialah pegangan agamanya. Dia nampak sangat c.hill dan tentunya semua orang nak berubah ke jalan yang baik. Aizat adalah lelaki pertama yang imamkan saya waktu bulan puasa tahun lepas.

“Jadi, ia buat saya rasa dia mampu bimbing saya ke arah lebih baik. Bagi saya, dia mempunyai hati yang sangat besar di sebalik orang tengok dia begitu.

“Sekarang ini, kalau kami pergi solat, memang dia akan jadi imam saya, Alhamdulillah,”katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di sini, semalam.

Selain itu, kata Elyssa, dia juga tidak dapat mend.edahkan secara terperinci mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka namun mengaku majlis merisik sudah diadakan pada 12 Februari lalu.

“Insya-Allah, tentunya kami akan adakah majlis besar kami nanti. Cuma, biarlah Aizat sendiri yang beritahu kepada semua, lebih manis begitu. Lagipun hubungan kami ini masih baru dan kami nak t.ake it s.low,”katanya.

“P.eliknya, saya kenal adik dia dulu, Alif dan kawan-kawan baiknya yang lain, tapi tidak dirinya. Itulah yang dinamakan jodoh agaknya, pusing jauh macam mana pun, tetap jodoh. Nak jadikan cerita, mak saya pun kenal dengan arwah ayah Aizat.

“Bagi saya, perkenalan dan hubungan saya ini sudah diatur cantik oleh Tuhan. Kami berdua pun suka makan. Saya tak pernah kenal lelaki yang suka makan macam saya, dan dia pula tak pernah kenal mana-mana perempuan yang makan banyak daripada dia. Agaknya dari situ timbul rasa suka,” selorohnya.

Untuk info, sebelum ini Elyssa pernah menjadi hos untuk program Jom Wayang disaluran HyppTV dan kemudian beralih ke stesen radio RAKITA sebagai seorang penyampai.

Sumber : Kosmo / onIinemalaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *