Connect with us

Semasa

Penjawat awam bakal nikmati Bantuan Khas Aidilfitri RM500?

Published

on

Tular beberapa surat rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan permohonan untuk kelulusan dana Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 bagi penjawat awam.

Surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia bertarikh 29 April 2020 itu telah ditandakan sebagai diterima semalam oleh Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 6 Mei lalu.

Bagaimana pun tidak jelas samada dana bantuan khas tersebut telah diluluskan.

Berdasarkan surat yang sepatutnya untuk edaran dalaman itu menunjukkan bantuan yang jika diluluskan, penjawat awam bakal menikmati tunai sebanyak RM500 setiap seorang bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah,

manakala pesara kerajaan pula akan menerima RM250 sebagai penghargaan di atas jasa dan komitmen mereka sebelum ini.

Surat itu ditandatangani oleh Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Tahun lalu kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah, dan 800,000 pesara kerajaan pula menerima RM225.

Sekiranya benar, bantuan ini amatlah bermakna buat penjawat awam yang kebetulan sedang menghadapi kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari penularan wa4bak C0vid-19.

Netizen rata-rata menunjukkan reaksi yang positif dan mengharapkan agar mereka yang bukan dari sektor kerajaan juga dibantu sejajar dengan cadangan

yang dilontarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini untuk menambah bantuan BPN kepada rakyat Malaysia yang layak.

Sumber : Cinca

Semasa

Nasib Baik Sempat Rakam, Penunggang Motorsikal Ragvt Rantai Milik Seorang Wanlta Dalam Sekelip Mata

Published

on

By

Jenayah boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu sentiasa peka dan jangan terleka dengan persekitaran.

Terdapat satu video yang dikongsi di laman Facebook, di mana ia menunjukkan rakaman daripada kamera papan pemuka sebuah kereta.

Video bertarikh 4 Julai itu menunjukkan seorang wanita tanpa disangka-sangka telah menjadi mangsa ragut oleh seorang penunggang motosikal. Insiden itu dipercayai berlaku di Taman Bukit Maluri, Kepong.

Keadaan jalan berhadapan dengan barisan lot kedai pada ketika itu sedikit sesak dan beberapa kereta kelihatan berhenti.

Sehinggalah muncul sebuah motosikal yang cuba juga untuk melalui jalan berkenaan walaupun terdapat kereta yang berhenti berdekatan dengannya.

Semasa melalui jalan tersebut, penunggang motosikal berkenaan melihat mangsa keluar daripada sebuah kedai dengan barangan penuh di kedua-dua tangannya.

Suspek kemudian dengan pantas meragut barangan berharga yang dipakai pada tubuh wanita itu, kelihatan seperti seutas rantai dan dia kemudiannya segera melarikan diri.

Sudah pasti mangsa berasa begitu terkejut kerana ianya berlaku dengan sangat pantas dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh mangsa untuk mendapatkan barangannya kembali.

Insiden ini membuatkan kita semua patut sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran terutamanya ketika berjalan kerana malang ternyata tidak berbau.

Sumber : EraBaru

Antaranya lagi

Apa Istimewanya Sajat Sehingga ‘Terlepas’ Dari Sebarang Tindakan? Kebal Sangat Ke Dia?

Dia dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. Itu maklumat yang diperolehi hasil pertemuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika kecoh Sajat mengenakan pakaian wanita sewaktu melakukan ibadah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang ketika itu masih lagi menjadi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sendiri yang mengesahkan perkara tersebut.

Malah, sejak tahun 2018 lagi Sajat dikatakan telah bertemu dengan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Dr Izwan Yusof.

Peliknya, seperti tidak ada tindakan susulan selepas itu kerana Sajat masih lagi Sajat, malah ada ketikanya apa yang dikongsikan di media sosial seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Aku bukan hanya bercakap dari segi kemanusiaan tetapi juga dari segi agama Islam yang kita anuti. Lelaki berpakaian wanita bukan sahaja salah di sisi agama Islam tetapi salah di sisi undang-undang di Malaysia.

Terus terang, aku masih lagi ‘keliru’ sama ada Sajat lelaki atau perempuan atau khunsa seperti yang sering didakwa segelintir pihak. Mana satu? Jika dia lelaki, kenapa tiada tindakan yang diambil kerana berpakaian wanita?

Jika dia perempuan, kenapa namanya di dalam kad pengenalan adalah nama lelaki? Jika dia khunsa, mana bukti-bukti dokumen rasmi perubatan?

Bulan puasa lalu juga kecoh apabila netizen marah dengan cara Sajat berpakaian yang seolah tidak menghormati bulan yang mulia. Baginya, tidak ada apa yang membataskannya melakukan apa yang dia suka. Paling tidakpun, buat sahaja permohonan maaf seperti yang dilakukannya ketika isu umrah dulu. Semua orang senyap, semua orang lupa. Mudah saja.

Ketika ini kecoh pula isu dia memakai bikini seolah-olah sedang menikmati musim panas seperti mereka di barat yang berjemur untuk menggelapkan kulit. Beberapa keping foto masih lagi berada di media-media sosial kerana sudah dikongsi ramai warga maya.

Seperti yang berlaku ketika dia mengerjakan umrah dulu, Sajat lebih selesa berdiam diri. Seolah dapat membaca, masa akan membuatkan orang lupa dengan apa yang dilakukannya dan semua akan kembali kepada sediakala.

PU Amin ajak boikot, PU Syed minta Jakim dan PDRM ambil tindakan, ibu kepada Aliff Syukri, Rozita Ibrahim tegur, netizen jangan cakaplah – ada yang tegur ada yang mengeji dan pastinya ada yang menyokong.

Percayalah cakap aku, beri sebulan dua dan tidak ada lagi orang yang akan membicarakan hal ini. Semuanya akan berjalan seperti biasa sehinggalah Sajat muncul kembali dengan kontroversi terbaru yang mahu diciptanya. Ketika itu, semua orang akan bercakap kembali dan dia akan kembali membisu.

Aku masih lagi ingat kata-kata Sajat dalam video bersama Aliff Syukri ketika memohon maaf atas kejadian ibadah umrah tidak berapa lama dulu.

“Saya cuma nak belajar, nak dekatkan diri dengan Islam. Saya dah banyak mencari harta duniawi saya tak ada harta akhirat”, antara kata-kata Sajat dalam video tersebut.

Aku rasa inilah kali pertama dan kali terakhir aku nak berbicara tentang Sajat. Aku pasti kalau aku berbicara lagi, pastinya aku hanya akan mengulangi benda yang sama, cerita yang sama, dan mungkin atas sebab-sebab yang hampir serupa. Jadi lebih baik ini jadi yang pertama dan terakhir.

Untuk pihak yang berwajib, kalaulah benar Sajat itu lelaki yang berpakaian wanita dan tidak ada sebarang tindakan yang ingin diambil, maka berikanlah kebenaran kepada semua lelaki yang ingin berpakaian wanita supaya tidak ada pilih kasih (okay, ayat ini hanya ayat perli dan bergurau sahaja!) Minta dijauhkan.

Kepada Sajat (kalau dia baca), anda ada kapasiti untuk membentuk masyarakat ke arah yang lebih baik kerana anda ada ramai pengikut di media sosial. Gunakanlah sebaik mungkin. Aku tolong ulangkan sikit ayat dalam video memohon maaf dulu, “saya tak ada harta akhirat”. Gunalah peluang yang ada untuk mencari harta akhirat. Sentiasa ingat, Tuhan itu Maha Pengampun.

Salam Jumaat dan jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara

Sumber : viral news

Continue Reading

Semasa

Terklnl B S H Fasa Ke 3 Ni Syart Kemaskini Untuk Perm0honan Baru

Published

on

By

Umum mengetahui, pembayaran BSH fasa ketiga bakal dilaksanakan sebelum akhir Julai ini. Buat penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

Buat mereka yang ingin mengemaskini permohonan baru, kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat seperti berikut:


Borang kemaskini maklumat boleh dimuat turun di sini.

MySalam & Peka B40

Penerima BSH juga layak menerima skim perlindungan kesihatan takaful percuma MySalam dan skim peduli kesihatan Peka B40.

Mereka yang berumur 40 tahun ke atas juga layak melakukan permohonan Peka B40.

Namun begitu, bantuan ini tidak terpakai buat penerima BPN atau Geran Khas Prihatin.

Bantuan Sara Hidup Fasa ketiga bakal diumumkan sekitar akhir Julai. Umum mengetahui, BSH akan diberikan kepada 4 jenis penerima berpendapatan seisi rumah RM 4000 ke bawah.

Lazimnya, BSH dan beberapa bantuan kerajaan lain akan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. Ramai yang masih keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

Untuk pengetahuan ramai, B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia.

Dalam satu laporan, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia telah bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Sementara itu, sehingga 26 Jun lalu, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini, yang membawa keseluruhan bayaran BPN ke RM10.90 bilion (daripada RM10.88 bilion minggu lalu) yang mewakili 97.32 peratus tahap pelaksanaan.

Katanya, antara 19 hingga 26 Jun, sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000

penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

“Bayaran rayuan BPN kepada perayu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya

Rata-rata penerima mengucapkan rasa syukur dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka

“Alhamdulillah dapat juga rakyat malaysia yang dlm kesusahan ringan sedikit sebanyak beban di hadapi

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di portal rasmi mereka di

pekab40. com. my

Antaranya lagi

Slumber Gelar Al Jazeera sbg Al Jahiliyah’. Ini Biodata Pengacara Bernama TV, Harleena Pahlavy. Bukan Calang2

Tindakan hos program bual bicara Bernama TV yang memanggil Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, beliau berkata tindakan telah diambil oleh Pengerusi Bernama terhadap hos wanita tersebut.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya membalas posting laporan Free Malaysia Today mengenai perkara tersebut.

“Hos Bernama TV kutuk Al Jazeera ‘Al-Jahiliyah’…”

Memetik laporan Malaysiakini, hos tersebut menggelarkan media antarabangsa dengan panggilan itu dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.
“Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” kata Herleena Pahlavy ketika mengupas laporan Al Jazeera yang mendakwa Malaysia menganiaya pendatang asing dalam mengawal Covid-19.

Dia juga mengakhiri program berkenaan dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Saya buat menteri kesal…

I prefer the title to be Herleena Pahlavy calls Al Jazeera “Al Jahilliyah “

Dikenakan Tindakan Selepas GeIar AIjazeera Sebagai AI-JahiIIiah, lni ‘Jawapan’ Padu Pengacara Bernama

Pengacara Bernama TV, Harleena Pahlavy yang menggelar stesen penyiaran antarabangsa, AI Jazeera sebagai AI JahiIiah mengatakan beliau seorang individu patriotik.

” Tidak gentar dan patriotik di saluran TV Malaysia mempunyai akibatnya sendiri,” kata pengacara sambilan itu di Twitter lewat semalam.

Respon balas Harleena tersebut turut mendapat reaksi dari kalangan warganet yang rata-rata memberi komen membela beliau dan memuji keberaniannya.

Terdahulu, kenyataan itu dibuat selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap Harleena.

” Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.

” Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” kata Saifuddin pada hantaran di Twitter.

Saifuddin bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut tindakan yang telah diambil terhadap Harleena.

Ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu di saluran Bernama TV, Herleena Pahlavy berkata: “AI Jazeera, ‘you shut up’.”

Herleena juga dalam rancangan itu mendakwa laporan AI Jazeera tidak beretika dan tidak berasas.

Sementara itu semalam, ketika ditanya keadaannya di Twitter Harleena menjawab: “Saya pasti tidak sedih.”

Latar belakang kerjaya Harleena Pahlavy

Pernah Berkhidmat Sebagai Jurutera Perkhidmatan Teknikal Kanan yang berpengalaman  dalam bidang  industri minyak & tenaga.

Mahir dalam Geologi Petroleum, Geofizik, Petrofisika, Pengeboran Luar Pesisir, dan Seismologi.

Profesional kejuruteraan dengan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)  fokus dalam Pemasaran dari Universiti Putra Malaysia.

Mendapat pendedahan luas di media di Malaysia. Sekarang berkhidmat sebagai Pengacara Bernama TV

Sumber : Saifuddin Abdullah , FMT News , Malaysiakini , Herleena Pahlavy, OMM

Continue Reading

Semasa

Diambil tindakan tegas, Sekali Hos Bernama TV ingatkan menteri tentang janji kebebasan bersuara

Published

on

By

Tindakan hos program bual bicara Bernama TV yang memanggil Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, beliau berkata tindakan telah diambil oleh Pengerusi Bernama terhadap hos wanita tersebut.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya membalas posting laporan Free Malaysia Today mengenai perkara tersebut.

“Hos Bernama TV kutuk Al Jazeera ‘Al-Jahiliyah’…”

Memetik laporan Malaysiakini, hos tersebut menggelarkan media antarabangsa dengan panggilan itu dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.
“Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” kata Herleena Pahlavy ketika mengupas laporan Al Jazeera yang mendakwa Malaysia menganiaya pendatang asing dalam mengawal Covid-19.

Dia juga mengakhiri program berkenaan dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Ingatkan menteri tentang janji kebebasan bersuara

Dalam perkembangan terkini Hos Bernama TV, Herleena Pahlavy yang dikenakan tindakan setelah menggelar stesen TV Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah, mengingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah mengenai janji beliau untuk terus mempertahankan kebebasan bersuara.

(Buletin TTKM difahamkan Herleena digantung tugas menurut laporan. Walaubagaimanapun, kami sedang mendapatkan pengesahan beliau mengenai perkara ini)

Herleena Pahlavy berkata demikian dalam satu status di facebooknya sambil berkongsikan satu pautan berita pada Mac 2020 yang bertajuk “Saifuddin janji terus pertahan kebebasan bersuara”

“Masihkah kau ingat” – Herleena Pahlavy

Terdahulu, di akaun twitter beliau, Herleena berkata menjadi berani dan patriotik di saluran TV Malaysia akan menyebabkan seseorang itu menanggung akibat.

Dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV Isnin lalu untuk membincangkan dokumentari kontroversi itu, hos terbabit menggelar Al Jazeera sebagai Al-Jahiliyah.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,”

Beliau kemudiannya mengakhiri program itu dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Herleena Pahlavy calls Al Jazeera “Al Jahiliyah”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/07/08/bernama-tv-host-calls-al-jazeera-al-jahiliyah/

Posted by Herleena Pahlavy on Wednesday, July 8, 2020

Berikutan itu, Dato Saifuddin Abdullah di akaun twitternya menyatakan gelaran sedemikan terhadap Al Jazeera oleh hos terbabit tidak sepatutnya diberikan.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,”

Jumaat lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” selama 25 minit menerusi program 101 East, yang mendakwa Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menahan pendatang asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Polis kemudiannya menyiasat saluran berita itu di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Jabatan Imigresen pula sedang mengesan lelaki Bangladesh, Rayhan Kabir yang ditemubual program itu yang mendakwa pihak berkuasa membuat perangkap terhadap pendatang tanpa izin ketika operasi pencegahan wabak c0vid-19 di ibu kota tempoh hari.

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenayh. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.” – Rayhan Kabir

sumber : Buletin TTKM

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!