“Pengeluaran khas RM10K” kerajaan bersetuju benarkan pengeIuaran KWSP

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra, terbaru kerajaan sekali lagi bersetuju untuk pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 untuk pencarum KWSP.

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berdasarkan dapatan kajian dalam situasi pandemik ini, ada keluarga yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina mula kedudukan. Justeru, kerajaan sekali lagi bersetuju untuk membenarkan pengeluaran KWSP berjumlah RM10 ribu.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut tentang pengeluaran KWSP ini akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau berkata keputusan kali ini amat sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat Malaysia. Namun, pengeluaran khas ini merupakan jalan tengah untuk mengimbangi keperluan mendesak sekarang dan penyimpanan pada masa hadapan.

Walaupun kerajaan telah memberikan kebenaran untuk pengeluaran kali ini tetapi beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.

Sekali lagi, Perdana Menteri telah menyeru kepada pencarum KSWP untuk membuat keputusan yang sewajarnyasebelum melakukan pengeluaran demi masa hadapan.

Saya Merayu Pencarum Pertimbangkan Sewajarnya’ – PM

Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian berikutan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan KWSP sebanyak RM10,000 yang diumum sebentar tadi.

“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Ismail berkata demikian dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Difahamkan, kebenaran pengeluaran khas KWSP tersebut dibuat berdasarkan permintaan ramai serta keadaan semasa.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” umumnya seperti yang kembali dilapor di Twitter.

Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Sumber : Bernama / siakapkeIi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *