Connect with us

Semasa

Pembuatan dan pengedaran vaksin. DS Hishamuddin bongkarkan sesuatu melibatkan Amerika Syarikat dalam usaha tangani satu masalah ini

Published

on

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk memberikan tumpuan kepada pembuatan serta pengedaran vaksin C0VID-19 apabila ia tersedia kelak, kata Menteri Luar,

Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Hishammuddin dalam akaun Twitternya memaklumkan, perkara itu dibincangkan antara beliau dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, menerusi perbualan telefon, semalam.

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan isu Laut China Selatan dengan Hishammuddin menyatakan bahawa perkara berkenaan mesti diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip diiktiraf undang-undang antarabangsa,

termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Baru saja bercakap telefon dengan Setiausaha Negara AS SecPompeo – kedua-dua bersetuju menumpukan usaha terhadap pembuatan & pengedaran vaksin #C0VID19,

apabila ia sudah tersedia. Turut dibincangkan mengenai #LautChinaSelatan yang mesti kekal menjadi laluan perdagangan dan perairan yang aman,” demikian dipetik daripada Twitter beliau, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jurucakap Jabatan Negara AS, Cale Brown, dalam satu kenyataan melalui laman webnya, menyatakan bahawa Pompeo dan Hishammuddin juga berbincang mengenai Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia.

“Kedua-duanya turut membincangkan kerjasama ekonomi dan kesihatan yang berterusan susulan pandemik C0VID-19,” menurut kenyataan itu.S

ementara itu dalam ciapan terdahulu, Hishammuddin berkata, Malaysia dan China juga sepakat untuk secara aktif mengadakan kerjasama mengenai vaksin C0VID-19.

Perkara itu dibincangkan melalui perbualan telefon antara Menteri Luar dan rakan sejawat dari China, Wang Yi, kelmarin, dan kedua-dua pihak bersetuju mencari jalan untuk bersama-sama memastikan keselamatan rantaian bekalan vaksin C0VID-19,

sekali gus memperlihatkan isyarat p0sitif mengenai perpaduan serta kerjasama Malaysia dengan China. – BERNAMA

Vaksin C0VID19. Amerika Syarikat Umumkan Ujian Terhadap Vaksin Bagi Wabak Ini Dan Dedahkan Jumlah Sukarelawan Yang Bersetuju Untuk Mengikuti Ujian Tersebut

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memulakan peringkat akhir ujian klinikal vaksin melwn C0VID-19 yang dikenali LY-CoV555, yang dikenal pasti dalam darah pesakit yang sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu oleh Abcellera Biologics dari Kanada.

Ia kemudian dikembangkan secara sintetik untuk penghasilan dalam skala besar oleh Lilly Research Laboratories yang berpangkalan di AS menerusi kerjasama dengan Abcellera.

Fasa ujian ketiga yang diketuai oleh Jens Lundgren dari University of Copenhagen dan Rigshospitaletini akan menggunakan seramai 300 sukarelawan di seluruh dunia yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom C0VID-19 sederhana kurang daripada 13 hari.

Seterusnya, jumlah sukarelawan itu akan ditingkatkan kepada 1,000 sukarelawan jika ant1 virus itu didapati selamat selepas lima hari.Pesakit sukarelawan juga akan menerima penjagaan standard termasuk ant1 virus remdesivir.

Percubaan itu mensasarkan untuk pesakit jangkitan C0VID-19 kekal sembuh selepas 14 hari dibenarkan keluar dari hospital.

Ubat itu juga diuji pada mereka yang tidak dimasukkan ke dalam h0spital. Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara, Anthony Fauci berkata,

mengkaji kesan terapi pada beberapa populasi pesakit pada masa yang sama adalah penting untuk menentukan sama ada ia dapat membantu pesakit C0VID-19 dengan tahap kritikal yang berbeza.

Vaksin berfungsi mengajar tubuh membuat antibodi sendiri, sementara saintis juga menguji antibodi siap pakai dari darah pesakit yang pulih, yang disebut plasma pemulihan.

Tetapi tidak mustahil ia dapat digunakan untuk menjadikan plasma penyembuhan sebagai rawatan skala besar.Penyelidik juga dapat mengatasi antibodi yang dihasilkan oleh pesakit yang pulih dan memilih yang paling berkesan daripada ribuan dan menghasilkannya secara banyak. – AFP

Dua Vaksin Kor0navirus. Rusia Dedahkan Bila Vaksin Ini Dikeluarkan Untuk Kegunaan Orang Ramai

Rusia berhasrat mengeluarkan vaksin C0vid-19 menjelang September dan Oktober ini untuk kegunaan orang awam.WASHINGTON – Rusia

menyasarkan akan mengeluarkan dua vaksin koronavirus (C0vid-19) untuk kegunaan orang awam masing-masing menjelang September dan Oktober ini.

Vaksin yang pertama dihasilkan oleh institut Gamaleya yang beribu pejabat di Moscow dan kementerian pertahanan manakala yang kedua pula akan dikeluarkan oleh Vektor iaitu makmal negara dekat bandar Siberia, Novosibirsk.

Setakat ini, Rusia tidak mengeluarkan sebarang data spesifik bagi membuktikan keselamatan vaksin itu atau keberkesanannya.

Bagaimanapun, Kirill Dmitriev yang merupakan ketua dana pelaburan kekayaan Rusia yang membiayai percubaan institut Gamaleya memberitahu CNN:

“Ia (pengeluaran vaksin C0vid-19) umpama detik-detik (pelancaran) Sputnik.”Sputnik merupakan satelit pertama dilancarkan Rusia pada tahun 1957.

Pada bulan lalu, media China melaporkan, vaksin C0vid-19 dihasilkan oleh CanSino Biologics dan digunakan bagi mengimunkan anggota tentera China menjadikan ia sebagai yang pertama diluluskan bagi tujuan kegunaan untuk penduduk walaupun dalam jumah yang terhad.

Dua lagi syarikat China iaitu Sinovac dan Sinopharm sudah melakukan fasa terakhir iaitu tiga ujian masing-masing di Brazil dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Namun, pegawai tinggi penyakit berjangkit di Amerika Syarikat (AS), Anthony Faucimembangkitkan kebimbangan pada Jumaat lalu berhubung tentang keselamatan vaksin C0vid-19 yang dihasilkan oleh China dan Rusia.

Ia kemungkinan berhadapan dengan penelitian rapi kerana sistem kawal selia di kedua-dua buah negara adalah jauh lebih tidak telus berbanding di Barat.

Fauci ketika ditanya semasa pendengaran Kongres Amerika Syarikat (AS) sama ada negara tersebut mungkin menggunakan vaksin dari China atau Rusia jika ia tiba dahulu berbanding AS bagaimanapun menunjukkan tanda-tanda kemungkinan itu tidak akan berlaku.

”Saya berharap China dan Rusia menguji vaskin masing-masing sebelum diedarkan kepada sesiapa.

“Mendkwa vaksin sudah bersedia untuk diedarkan sebelum anda mengujinya, saya berpendapat, ia menyusahkan,” katanya.

Tiga vaksin dari negara-negara Barat kini berada dalam fasa ujian terakhir.Satu vaksin itu dihasilkan oleh sebuah firma biologi AS, Moderna dan Institut Kesihatan Mntal.

Sementara itu, vaskin kedua dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca dari Britain manakala yang terakhir oleh BioNTech dari Jerman bersama firma AS, Pfizer.

China dan Rusa sebelum ini menafikan masing-masing terlibat dalam percubaan mengambil tanpa izin penyelidikan tentang virus C0vid-19.Sinar Harian

Vaksin C0vid19. Malaysia Berkemungkinan Memperoleh Akses Vaksin C0vid19 Dari China Sekiranya KKM Memastikan Sesuatu Ini

Pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan C0vid-19.

KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin mendapat akses vaksin koronavirus (Covid-19) dari China sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ia selamat dan berkesan untuk digunakan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha kerajaan dalam membantu pembangunan vaksin virus itu dengan menjalinkan sains diplomasi dan kolaborasi strategik bersama negara-negara yang berupaya menghasilkan vaksin virus itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan C0vid-19.

Khairy berkata, ini bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada vaksin C0vid-19 apabila ia dihasilkan memandangkan negara buat masa ini tidak ada kemudahan pembuatan vaksin ke atas manusia.

“Malaysia juga sedang berusaha untuk berbincang dengan pihak negara China berkenaan pembangunan vaksin oleh syarikat dan institusi dari negara itu. China sekarang mempunyai beberapa syarikat dan institusi yang sudah sampai ke tahap yang ke hadapan.

“Esok petang saya dijadual mengadakan sidang video bersama rakan sejawat saya di China berkenaan hal ini termasuk kemungkinan Malaysia mendapat akses kepada vaksin dari China sekiranya Kementerian Kesihatan mendapati ia sesuai, selamat dan berkesan untuk digunakan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai peranan MOSTI dalam membantu usaha pembangunan vaksin C0vid-19 di peringkat antarabangsa memandangkan Malaysia tidak mempunyai fasiliti pembuatan vaksin.

Khairy berkata, MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dan penyertaan sebagai ahli gabungan itu membolehkan negara mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan.

“CEPI juga komited kepada pengagihan vaksin secara adil terbuka dengan kos yang sederhana untuk seluruh dunia,” katanya. – Bernama

Sumber : erakinibbn

Semasa

Dah Seminggu Berlaku, Aqilah Satu-Satunya Mngsa Terselamat. Ibu Aqilah Akhirnya Ceritakan Segalanya

Published

on

By

Seminggu berlalu kejadian mengejutkan yang mengorbankan tiga sahabat apabila terhidu karb0n mon0ksida ketika

berhenti rehat di sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

Dalam kjadian jam 1 pagi itu, keempat-empat mngsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri,

Nor Adilah dan Nor Aqilah Mohd Safwan masing-masing berusia 21 tahun berhenti berehat di stesen minyak berkenaan.

Mereka dikatakan mahu meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Berdasarkan maklumat ahli keluarga, Nor Aqilah yang memandu MPV jenis Honda Odyssey mengalami sakiit kepala

dan memberhentikan kenderaan itu untuk berehat serta membeli makanan.

Selepas berehat seketika, mereka dikatakan tidak menjawab panggilan dan pesanan mesej kerana dipercayai kesemuanya sudah tidak sedarkan diri.

Kesemua mngsa akhirnya ditemui sendiri oleh bapa Allahyrham Ayuni yang keluar mencari selepas anaknya itu gagal dihubungi.

Namun Allah lebih sayangkan mereka apabila bapa mngsa menjumpai keempat-empat mngsa sudah tidak sedarkan diri.

Difahamkan Allahyrham Sharifah Fariesha meninggI dnia ditempat kjadian.

Sementara Ayuni menghmbuskn nfas terakhir beberapa ketika sebaik tiba di hospital.

Manakala Allahyrham Nor Adilah turut meninggI pada hari yang sama pada lewat petang ketika diberi rawatan di hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Aqilah satu-satunya terselamat, ini keadaan terkini beliau

Allahyrham Nor Adilah pergi meninggalkan adik kembarnya,

Nor Aqilah adalah satu-satunya mngsa yang terselamat dalam kejadian yang mengejutkan ramai pihak itu.

Sementara itu, berdasarkan perkongsian ahli keluarga yang dikongsikan rakan lelaki Nor Aqilah, beliau kini berada dalam keadaan stabil.

Menerusi tangkap layar perbualan di applikasi Whatsapp yang dikongsikan di Insta Story,

Aiman Shuhairi berkongsi keadaan terkini Aqilah yang kini masih dalam rawatan rapi.

” Alhamdulillah dah boleh makan dah, tengok muka adik dah kembali macam adik yang dulu..

doakan adik, hari ini doktor dah bagi adik makan melalui tiub.

” Nafas adik pun dah laju, ubat tidur pun dah stop..InsyaAllah adik sedar esok lusa,” tulis ahli keluarga dipercayai ibu Aqilah.

Kata ibu Aqilah lagi, kulit wajah Aqilah kelihatan kuning disebabkan hati tidak berapa berfungsi,

namun hari ini alhamdulillah kuning tersebut sudah berkurangan.

” Adik alhamdulillah, doktor dah buang ubat-ubat dia, nampak macam adik sedar dah, kerap batuk tapi tak keluar macam kita..kesian tengok dia”

” Doa kat adik, kesian tengok duk batuk macam terangkat badan-badan..” tulis ibu Aqilah lagi.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata

kesemua mngsa dipercayai terhidu keracunan karb0n mon0ksida ketika berehat dalam kereta itu.

Kesemua mereka yang menuntut di sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves, Selangor itu dikatakan singgah berehat di stesen minyak berkenaan

pada 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta jenis Honda Odyssey pening dan muntah.

Dipercayai mereka terhidu gas itu ketika dalam perjalanan lagi, sehingga mereka berhenti kerana berasa pening.

Sumber : Aimanshuhairi / asiaunited

Continue Reading

Semasa

Permaisuri Bergegas Pulang Dari Kota Bharu, Agong Dimasukkan ke IJN. Ini Keadaan Terkini Baginda

Published

on

By

Terkini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin,

baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

” Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan

Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

” Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat.

” Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu,

Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda,” katanya.

Tunku Hajah Azizah membatalkan lawatan itu yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok.

Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera

serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Sekilas info tentang Al-Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah Al-Haj diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaya).

Baginada adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Sultan Pahang ke-6 yang dimasyhurkan pada 15 Januari 2019.

Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.

Pada tahun 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16

dan akan memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan pada 31 Januari 2019.

Kehidupan awal

Tengku Abdullah telah diputerakan pada Hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Manggal Tunggal,

Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV.

Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang ketika itu (Tengku Ahmad Shah),

merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah.

Baginda ialah anakanda keempat daripada lapan adik-beradik. Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam.

Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas,

Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw.

Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.

Sumber : Hm

Continue Reading

Semasa

Polis cakap tiada unsur jenayah, kejadian kubur berdarah. Ini Pekerjaan arwah ketika hidup

Published

on

By

ALOR SETAR: Imam Masjid Al Irfan di Derga, di sini, Abdul Hadi Awang, 55,

merayu kepada orang awam supaya menghentikan penyebaran video “kubur berdarah”

seperti yang sedang tular di media sosial.
Menurutnya, seluruh jemaah masjid terkilan dengan penyebaran berita “kubur berdarah”

itu kerana boleh mengundang pelbagai andaian selain mengaibkan jenazah berkenaan.

Katanya, dia juga berharap keluarga Allahyarham bersabar dan bertenang kerana perkara itu sudah menjadi kes polis.

Menceritakan keperibadian arwah, Abdul Hadi berkata, sepanjang hayatnya,

Allahyarham merupakan seorang yang berperibadi mulia dan sentiasa memberi sumbangan kepada khariah masjid.

Abdul Hadi berkata, Allahyarham meninggal dunia dan dikebumikan tiga minggu lalu pada usia 78 tahun akibat sakit tua.

Kata Abdul Hadi, ketika berkunjung ke tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan kepada jenazahj tempoh hari,

beliau dan rakan-rakan jemaah lain menyedari terdapat cecair merah di kubur sekitar pukul 11 pagi.

Namun begitu, Abdul Hadi tidak pula menyangka ada pihak yang meramkan kubur berkenaan dan menyebarkannya

menerusi aplikasi mesej WhatsApp selain tular di media sosial lain beberapa jam kemudian

Arwaah seorang cikgu

“(Penyebaran video) mengaibkan keluarga jenazah itu sedangkan dia (Allahyarham) orang bagus,

(seorang) cikgu, banyak buat kebajikan pada masjid ini.

Pejabat agama kata perkara macam ini jangan cepat percaya (viral) mereka seronok (sebarkan),” kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Setiausaha masjid berkenaan, Yahya Saad, malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata,

sehingga kini pihaknya sedang menunggu siasatan pihak p0lis sebelum mengulas lanjut mengenai isu terbabit.

Terdahulu, pasukan Forensik P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada di perkarangan tanah perkuburan itu untuk melakukan siasatan

Tiada unsur j33nayah

ALOR SETAR – Tiada unsur jenayah ataupun khianat yang boleh dikaitkan dengan kejadian ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan Derga.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor bagaimanapun berkata,

sampel tanah telah diambil untuk pengesahan jabatan kimia.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ni.

Pejabat Agama Daerah Kota Setar hari ini turut memaklumkan tidak dapat mengesahkan punca kejadian

‘kubur berdarah’ yang tular dan menyerahkan perkara terbabit kepada polis untuk siasatan.

Semalam, video berdurasi 19 saat memaparkan keadaan kubur dengan cecair warna merah menjadi tular

di media sosial sehingga ramai yang datang ke lokasi itu untuk melihat kejadian berkenaan.

Continue Reading

Trending