Infomaklumat

Patut lah Asyik Tengok Kereta Semasa Menjual Burger, Rupa2nya Ada Baby Dan Ank Didalm

Setiap kali melayari media sos!al, warganet dapat melihat periit jerih rakyat yang bergel0t dengan ekon0mi semasa dalam apa jua keadaan demi meneruskan kehidupan..

Terbaru, satu video TikTok kelihatan seorang peniaga burger sedang melakukan jualan di gerai sambil menjaga seorang kanak² lelaki dan bayi dipercayai anaknya mengundang rasa sayu netizen.

Video dikongsi personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya yang dirakam seorang pelanggan memaparkan peniaga itu menyiapkan tempahan sambil memerhati dua anaknya di dalam kereta berhampiran gerai berkenaan.

Berjuang… Semua berjuang demi hidup

Klik untuk videonya..

Menurut pelanggan terbabit Hazly Razaly, dia tiada niat untuk mengaibkan sebaliknya bersimpati dengan nasib peniaga itu yang berusaha keras bagi menanggung ahli keluarga.

“Semalam aku beli burger kat brader ni. Sambil buat burger, dia terjenguk-jenguk tengok kereta yang ada depan gerai ni. 

“Aku pergi dekat kereta, aduh ada b@by rupanya. Ada si abang yang mungkin tengah nak tidurkan adiknya,” kata Hazly.

Selepas meraih ratusan ribu tontonan, Hazly berkongsi mengenai l0kasi gerai itu yang terletak di Setia Taipan, Setia Alam selain menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada peniaga tersebut.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan dan mendoakan agar peniaga berkenaan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber : Ahmad Fedtri Yahya / Hazly Razaly / 0mm

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *