“Padam, sebelum saya…” Up gambar kena dukung, sekali Hafidz Roshdi terus warning Shu

Bekas isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada kembali menjadi perhatian apabila muat naiknya di Instagram (IG) baru-baru ini, dikecam warganet.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shuhada memuat naik sebuah perkongsian video yang bertujuan untuk mempromosi sebuah produk kurus.

Namun, apa yang membuat netizen kurang senang adalah video tersebut turut memaparkan foto lama dipercayai Hafidz mendukung Shuhada, namun wajah jejaka tersebut ditutup dengan emoji.

Ternyata, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dimana rata-rata netizen mempersoalkan mengapakah ibu kepada dua cahaya mata ini perlu memuat naik foto lelaki tersebut.

Lebih panas ada juga yang mendakwa Shuhada masih belum ‘move on’.

 

Namun, ada juga yang tampil mempertahankan dengan mengatakan gambar tersebut sekadar untuk menunjukkan fizikal Shuhada yang dahulu.

 

Tidak berdiam diri, Shuhada tampil memperjelaskan mengapa dia memuat naik gambar tersebut.

“Fokus pada lemak saya please,” komen Shuhada kepada netizen.

“Kalau tak nanti tak nampak lemak belakang badan tu, tiber nak ambil gambar belakang kan, so fokus dekat lemak, Insya-Allah,” balas Shuhada.

Terdahulu, nama Shuhada juga hangat diperkatakan apabila dikatakan memasak juadah kegemaran bekas suaminya serta dianggap masih tidak ‘move on’.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Selepas bekas isterinya memuat naik foto lama mereka ketika masih bersama, pelakon Hafidz Roshdi memberikan respon menerusi hantaran di Instagram.

Aktor itu menegur dan meminta Shu atau Nurul Shuhada Mat Shukri untuk menukar foto terbabit dengan kadar segera atau padam hantaran itu sebelum dia mengambil tindakan lanjut.

Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahulah nak promote untuk tujuan apa. Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh padam, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah.

hafidz

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram Hafidz, begitu juga Shu yang turut memadam hantaran berkenaan selepas ia tular dan dikritik.

Sumber : xtra / beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *