PENYANYI Aishah berasa terhina dengan kata-kata kesat seorang pengacara veteran kaki carut selepas memperlekehkan kegagalannya meneruskan persembahan dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keempat pada malam Ahad.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58,turut memberi kata dua kepada pengacara itu agar menarik balik hinaan yang dibuat di laman sosialnya atau berdepan tindakan saman kerana dia memandang berat perkara itu disebabkan ia melibatkan keturunan dan keluarganya.
“Allahuakbar, ya Allah ampunkan dosa-dosaku hambaMu yang lemah. Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tidak habis-habis dengan kata nista. Kali ini saya memandang berat kerana dia mencuit keturunan dan keluarga. Jangan sampai saya bawa kamu ke mahkamah.
Antara hantaran pengacara itu menghina Aishah.
“Kalau awak rasa awak boleh lepas di mahkamah dunia, saya cakap kepada awak, InsyaAllah pembalasan akan sampai. Kali ini awak telah melebihi batasan,” katanya yang turut meminta pengacara tua itu memadam hinaan itu.
Aishah meluahkan rasa marahnya dalam satu hantaran di Instagramnya pada Isnin.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Janji Manismu itu berkata dia tidak akan memaafkan perkara tersebut dan berdoa supaya pengacara berkenaan diberikan balasan yang setimpal.
“Saya tidak akan ampunkan awak menghina keturunan saya. Balalah kepada kau,” katanya.
Pengacara tersebut dipercayai berterusan membuat hantaran berbaur hinaan kepada Aishah semasa penampilannya di ASGV selain melahirkan rasa puas hati setelah Aishah tersingkir pada minggu keempat dan memintanya sekadar menyanyi di hadapan keluarga sahaja.
Aishah tidak teragak-agak ingin mengambil tindakan undang-undang.
Untuk rekod, Aishah merupakan peserta ketiga yang tersingkir apabila gagal menambat hati juri melalui lagu Tarlanjur Cinta hasil duet bersama Vince Chong.
Dengan memperoleh markah terendah iaitu hanya sebanyak 43.75 peratus, ia menyebabkan perjuangan penyanyi itu terkandas di minggu keempat.
Dalam hantaran sama, Aishah turut memuat naik tangkapan skrin layar perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara itu.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.