Hiburan

“Orang Ingat Abang Jahat, Saya Wanita Teraniaya” Posting Lisdawati Jadi Tanda Tanya

Pelakon Lisdawati menjelaskan status Instagram yang dimuat naik baru-baru ini hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukan berkaitan keretakan rumah tangga.

Kata Lisdawati, perkongsian itu sebahagian daripada ilmu yang diperoleh ketika membintangi drama bersiri Light & Love terbitan Nurflix baru-baru ini.

“Dalam kehidupan kita adakalanya kita tak sedar ada individu yang terguris dengan kita dan mungkin akan bercakap belakang. Situasi itu kita tak sedar.

“Saya pun ada keluarga yang besar yang mana saya sendiri pun ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan.

“Bila ada masalah dengan saya datang cakap depan-depan, bukan cakap belakang,” katanya yang berjaya menyelesaikan masalah antara keluarga dalam tempoh kurang tiga hari.

Tegas Lisdawati, hubungannya dengan suami Fauzi Nawawi masih baik biarpun dilanda beberapa kontroversi sejak akhir-akhir ini.

“Dengan abang Alhamdulillah cintan-cintun!…

“Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antagonis. Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat perangai, saya pula wanita yang selalu teraniaya.

“Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami. Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi.

“Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja tapi ia untuk menguatkan hati saya berdepan ujian pada masa akan datang,” katanya.

Kata Lisdawati, hubungannya dengan Fauzi bertambah utuh selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia dua tahun.

“Ketika mengandung anak keempat, saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang,” katanya.

Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Fauzi turut memiliki empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Hainil Fatihah, Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

Sumber : gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *