Dunia

Next surgery, tukar warna mata di New Delhi. Safiey Illias apabila berkongsi mengenai rawatan kecantikan yang dilakukan

Next surgery, tukar warna mata di New Delhi.” Itu kata usahawan sensasi, Safiey Illias apabila berkongsi mengenai rawatan kecantikan yang dilakukan.

Katanya kepada MH, dia sudah pun berbincang mengenai perkata itu.

“Ronanya ialah Frost Gray. Ia ditaja dan pakarnya daripada Amerika Syarikat,” jelas Safiey.

Ia merupakan satu kaedah kosmetik dengan menanamkan implant iris pada mata.

Pada awalnya, prosedur ini bertujuan untuk memperbaiki kekurangan pada mata. Namun ia turut dilakukan bagi tujuan kosmetik.

Ditanya mengenai dirinya yang sanggup berhabis demi kecantikan diri, penyanyi Syinta Gila ini mempunyai jawapannya sendiri.

Tegasnya, ia bergantung kepada individu dan tidak boleh memaksa sesiapa untuk lakukan perkara yang tidak disukai mereka.

“Bagi saya tidak mengapalah, janji saya tak habiskan pada orang lain, sudah. Ia satu kepuasan untuk saya.

“Kita buat bisnes, mahu jadi cantik dan buat bisnes. Bila rasa sudah cukup, cukuplah.

“Kemudian kita lakukan pula hobi yang lain. Misalnya apa lagi yang boleh membakarkan semangat kita dalam berbisnes.

“Sebab saya percaya, kita tak boleh nak paksa orang untuk buat apa yang kita tidak suka.

“Ada yang suka laburkan dengan bina rumah yang besar, ada yang suka ubah dapur, beli baju dan sebagainya. Jadi kita tidak boleh paksa orang,” katanya lagi.

Terdahulu, Safiey Illias mendedahkan dia menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos anggaran mencecah jutaan ringgit.

Memberikan serba sedikit informasi mengenai perkara tersebut, Safiey bagaimana pun menitipkan nasihat supaya tidak mengikut jejak langkahnya dan ia terpulang kepada individu.

Sumber : media hiburan/KLM

ARTICLE BERLAINAN :

Betul Juga Apa Netizen Cakap…,” Sifatkan Diri ‘0rang Biasa-Biasa’, Shuib ‘Update’ Mengenai Tawaran Pangkat Datuk

Betul juga apa yang netizen cakap, tak apa. Biarlah dulu.” Itu reaksi yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Shuib selepas diminta mengulas mengenai tawaran kurniaan untuk bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri yang diterimanya, bulan lalu.

Percaya kepada rezeki, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini juga memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut selepas mendapat reaksi pelbagai peminat.

“Kalau boleh, saya tidak mahu mempersebarkan mengenai isu tersebut. Saya ni orang biasa sahaja, kalau ada rezeki untuk diberikan pangkat itu, adalah.

“Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah,” katanya kepada MH.

Pengusaha jenama minuman, Bubble Bee ini juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas setiap maklum balas yang diberikan semua terhadap perkara berkenaan.

“Setiap individu ada hak untuk berikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan hal tersebut dan terima kasih jugalah atas segala sokongan.

“Tetapi bagi saya, dalam hidup kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, apatah lagi lusa.

“Cuma jika itulah ketentuanNya, misal kata dalam tahun ini saya mendapat juga kurniaan Datuk, itu rezeki dari Allah SWT.

“Saya terima. Kalau tidak ada pun, tidak mengapalah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shuib pernah mendedahkan dirinya ada mendapat tawaran tersebut daripada sebuah negeri.

Dia bagaimanapun masih pertimbangkan tawaran berkenaan memandangkan dirinya masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerjaya.

Dalam perkembangan lain, Shuib baru sahaja melancarkan cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan, pada Ahad.

Menjadi outlet pertama di luar Lembah Klang, Shuib bersama rakan niaga di outlet terbabit, Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi turut optimis terhadap sambutan luar biasa yang diberikan penduduk setempat.

Sumber : klm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *