Penampilan pelakon Jasmine Suraya atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.
‘Nampak lurah’
Menerusi hantaran di Instagram, Jasmine memuat naik sepotong video memaparkan dirinya mengenakan busana berona kelabu cerah ketika menghadiri acara tersebut.
Bagaimanapun, busana berkenaan dikatakan terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian lurah dadanya.
Malah, busana tersebut turut mendedahkan bahagian bahu serta perut aktres berusia 33 tahun itu.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen di ruangan balas mempersoalkan tindakan Jasmine yang dikatakan terlalu ‘berani’ tampil sedemikian di acara yang dihadiri orang ramai.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyatakan penampilan tersebut boleh mendorong ke arah perkara yang tidak baik berlaku.
Pun begitu, masih ada segelintir wargamaya yang tampil mempertahankan Jasmine dengan mengatakan tidak salah dia mengenakan busana seksi memandangkan pelakon filem Paskal itu bukan beragama Islam.
Lihat siaran ini di Instagram
Sumber : ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.