NAMA pelakon Shah Rukh Khan kembali menjadi buah mulut ramai apabila dia didakwa terlalu mesra dengan peminatnya.
Menerusi video yang tular di media sosial, aktor Bollywood itu dikatakan dicium seorang wanita semasa menghadiri sebuah acara di Dubai.
Pada awalnya, terdapat peminat lain yang menanti aktor tersebut untuk mengambil gambar bersama namun tiba-tiba di datangi wanita berbusana hitam bertindak mencium Shah Rukh Khan.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga ketawa bangga dan puas apabila keinginannya tercapai.
Peminat cemburu Shah Rukh Khan dicium peminat wanita.
Memetik laporan Hindustan Times, wanita berkenaan dikatakan telah meminta izin aktor tersebut sebelum menciumnya.
Malah Shah Rukh Khan juga dikatakan dengan tenang memberi kebenaran untuk wanita berkenaan menciumnya.
Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati netizen terhadap wanita berkenaan kerana cemburu dengan kejadian itu.
“Dia tidak ada sopan santun mencium Shah Rukh Khan.
“Tolong penjarakan wanita itu, dia memaksa dan melakukan gangguan seksual terhadap Shah Rukh Khan,” antara komen netizen
“Apa boleh saya cium pipi anda?” katanya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.