Netzen dakwa Patimah Ismail beri Hint dah ‘Restu’ hubungan Syamsul dengan wanita rambut kerinting?

‘Like’ Video Irenee Deanna, Netizen Dakwa Patimah Ismail Beri Hint Dah ‘Restu’ Hubungan Syamsul Dengan Si Wanita Rambut Kerinting?

Baru-baru ini, timbul satu gosip berkenaan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang didakwa menjalinkan hubungan ‘cinta’ bersama seorang ahli perniagaan wanita, Irenee Deanna.

Malah, tular sebuah video memaparkan foto-foto Syamsul disamping wanita cantik berambut kerinting itu bersama rakan-rakan yang lain dalam sebuah acara dalam kediaman mewah.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen pula mula mendakwa sama ada wanita berkenaan bakal menjadi madu kepada isterinya, Ira Kazar.

Irenee Deanna

Irenee Deanna

Lebih-lebih lagi apabila heboh di media sosial yang mengatakan Ira Kazar telah menerima kifarah atas tindakannya menjadi penyondol rumah tangga Syamsul dan bekas madunya, Puteri Sarah Liyana.

Terkini, nama Irenee kembali menjadi buah mulut di platform TikTok selepas isteri pengarah sensasi, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail menyukai video wanita berkenaan yang mengulas mengenai kelebihan kereta jenama mewah.

Irenee Deanna

Perkara berkenaan membuatkan ramai netizen menjadi lebih teruja serta berprasangka bahawa Patimah telah memberi ‘greenlight’ atau restu hubungan Syamsul dan Irenee.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada pihak Syamsul sendiri berhubung dakwaan gosip percintaan tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, netizen sehingga kini masih meninggalkan komen di ruangan Instagram Irenee mengatakan wanita cantik berkenaan lebih sepadan dengan Syamsul berbanding Ira Kazar.

Irenee Deanna

Irenee Deanna

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *