Hiburan

“Nampak Serabut, Cacamerba Macam Badut, Murah” Chef Wan Kritik Busana Atlet Negara Di Olimpik Tokyo

Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan paduan warna kuning dan merah.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya.

Cef berusia 63 tahun itu berkata, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah.

“Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya.

Di sebalik ‘hentamannya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi memburu pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara.

“Sangat berbangga dengan pencapaian dan pengorbanan mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah.

Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor

Pengarang tanjak bangga hasil seni jadi tatapan seluruh dunia

Kemasan tanjak yang diperagakan oleh kontinjen negara pada acara pembukaan temasya Olimpik Tokyo 2020 menarik perhatian ramai.Jika anda ingin tahu, ia adalah hasil tangan daripada warga kerja Astro AWANI, Sallehin Hussain yang juga merupakan pengarang tanjak dari Tanjakfansuri.

Dia yang sememangnya meminati pakaian tradisional warisan Melayu itu akui rasa t3ruja sebaik melihat tanjak hasil tangannya menjadi tatapan jutaan rakyat dari seluruh dunia.

“Pada awalnya, saya rasa macam tidak percaya rekaan tanjak saya terpilih untuk dibawa ke acara pembukaan temasya Olimpik 2020.

“Mulanya, saya tidak percaya yang tanjak saya ini terpilih, pihak penganjur minta saya buat dua contoh tanjak yang mana mereka hantar pada saya kain dan saya buatkan tanjak itu.

“Jadi, apabila pihak tersebut telah berbincang dengan pihak terlibat dan mereka pun bersetuju. Maka, mereka pun hubungi saya balik untuk membuat pesanan mengikut amaun yang diinginkan,” luahnya.

Sallehin yang menyaksikan upacara pembukaan temasya Olimpik Tokyo 2020 itu menyatakan rasa k4gum apabila melihat tanjak yang dihasilkannya itu dipakai oleh kontinjen lelaki negara.

“Perasaan itu berk0bar-kobarlah sementara menunggu giliran kontinjen kita di acara perbarisan itu, sejak awal perbarisan lagi saya dan anak-anak sudah tunggu depan televisyen.

“Dia punya rasa berd3bar-d3bar itu macam saya yang nak bertanding di Olimpik, memang sukar untuk saya ungkapkan tetapi memang seronok rasanya.

“Apabila sampai sahaja giliran kontinjen malaysia itu, satu rumah itu r1uh dengan anak-anak saya dan isteri saya semua rivh, memang rasa teruja dan banggalah apabila busana kita diperagakan di pentas dunia,” kata Sallehin.

Terdahulu, atlet negara melengkapkan langkah perbarisan di acara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 dengan penuh rasa bangga.

Berpakaian segak bergaya, yang diinspirasikan dari pemakaian Laksamana Hang Tuah bagi atlet lelaki dan lengkap berdokoh serta berselendang bagi persalinan wanita.

Identiti Malaysia terserlah dengan pakaian yang berasal dari hasil rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kontinjen Negara | Pereka tanjak bangga hasil seni jadi tatapan dunia

Sumber : K0smo / astr0awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *