“Dia tegur badan saya dari belakang nampak macam busut kelapa. Berlekuk-lekuk maksud dia. Itulah, nampak sahaja alim tapi bermuka-muka.”
Itu pendedahan pelakon, Wanna Ali kepada Utusan Malaysia yang pernah berdepan body shaming selepas seorang pelakon veteran menegur bentuk badannya sehingga menimbulkan ketidakselesaannya.
Dedahnya, kejadian yang berlaku beberapa tahun lepas itu masih berbekas dalam ingatannya apatah lagi pelakon tersebut tidak menghormati dirinya sebagai seorang perempuan.
“Mungkin ramai yang tidak berani untuk kacau saya sementelah ibu saya seorang penerbit yang dikenali dalam industri. Bergurau-gurau biasa, boleh diterima tetapi kalau sampai berbentuk seksual itu memang melampau.
“Bila menerima gangguan seksual, bagi saya dia tidak hormat saya. Mungkin juga ini bukan kali pertama dia mengacau pelakon wanita lain. Tetapi nasib baik saya ini lantang.
“Saya terus jawab, cakap apa tadi? Jangan kurang ajar. Terus dia diam. Geram betul saya. Ramai sahaja mereka yang bermuka-muka dalam industri seni ini. Guna agama untuk dihormati namun hakikatnya hampeh,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya adakah dia pernah mendengar aduan atau luahan rakan-rakan industri seni lain berhubung gangguan seksual di set penggambaran, pelakon, Bukan Sekadar Lafaz itu mengangguk setuju.
“Banyak sebenarnya saya dengar. Ada yang diganggu di hadapan kru produksi lagi tetapi mereka tak berani tegur kerana dia seorang pelakon senior. Dia anggap itu gurauan semata.
“Malah, ada juga kru-kru produksi yang meluahkan tertekan apabila diganggu secara seksual. Niat nak cari rezeki tetapi berdepan situasi trauma sebegitu. Memang sungguh menyedih.
“Saya harap kita akan lebih berani bersuara. Tidak takut dengan ugutan disenarai hitam oleh penerbit atau pelakon yang mempunyai ‘kuasa’. Rezeki itu di tangan Tuhan, bukan mereka,” ujarnya.
Sumber : utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.