Sebut je nama kak km pasti ramai yang mengenalinya. Beliau merupakan anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau juga seorang pengasas jamu Sweetdara yang dikenali ramai.
Beliau juga mempunyai 4 orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Razman. Nabila, Faris, Rania dan juga Cinta Carissa.
Terbaru beliau telah berkongsi satu video dilaman instagramnya. Video yang dikongsi menunjukkan beliau sedang menyusukan anak bongsunya Cinta Carissa yang berusia 2 bulan di salah sebuah restoran.
View this post on Instagram
KOMEN NETIZEN:
Selepas dua bulan melahirkan anak keempatnya, usahawan kosmetik Kak KM mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul di kediamannya hari ini.
Bagaimanapun, penampilan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengundang kutukan dan teguran netizen di aplikasi TikTok yang disifatkan kurang sesuai dalam majlis berkenaan.
Menerusi video dimuat naik, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu tampil menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah.
Disebabkan penampilan tersebut, rata-rata memenuhi ruangan komen mempersoalkan fesyen ‘terbelah’ Kak KM apatah lagi majlis itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir.
Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mengatakan busana berkenaan mungkin tidak sempat disiapkan atau sesuai bagi mendapatkan svntikan vaksln Cvid19.
Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
Sumber : km.favourite / R0semerah / 0mm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.